Lima tahun kemudian...
"TUAN-TUAN dan puan-puan, kita telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Waktu tempatan adalah jam dua lima belas minit petang. Sebelum meninggalkan pesawat, pastikan barang-barang anda dibawa bersama. Bagi pihak Air-Asia, Kapten Afif dan pembantu juruterbang Akram dan seluruh anak-anak kapal mengucapkan terima kasih kerana menyertai penerbangan Air-Asia. Semoga dapat bertemu lagi di penerbangan yang akan datang,"
Ameena melangkah keluar dari kabin sambil menggalas bag-packnya. Langkahnya diatur ke tempat pengambilan bagasi untuk mengambil bagasinya. Setelah mendapatkan bagasinya, Ameena menolak troli keluar dari balai ketibaan. Matanya melingas ke sekitar mencari-cari manusia yang sudah berjanji untuk menjemputnya di sini. Telefon bimbit dikeluarkan dari dalam beg tangan. Sedang dia berura-ura mahu membuat panggilan, terasa bahunya dicuit dari belakang. Pantas dia memutarkan tubuhnya.
"Eh, Ya Allah!" hampir terjatuh rahang Ameena apabila sekujur tubuh berkostum beruang sedang berdiri di dihadapannya sambil memegang sejambak bunga segar. Wajah Ameena berkerut-kerut. Dia terpinga-pinga seketika. Siapa pulalah yang buang tebiat pakai kostum beruang dekat tengah-tengah lapangan terbang ni?
Tidak berkata apa-apa, manusia berkostum beruang itu menghulurkan jambangan bunga yang dipegangnya pada Ameena Meski pelik, huluran itu tetap juga bersambut. Mata Ameena memicing memandang manusia tersebut. Sehinggalah...
"Zaril?" Ameena menebak si gerangan yang bersembunyi di sebalik kostum tersebut. Tatkala manusia itu menanggalkan kepala beruang, ketawa Ameena terburai. Dia memandang bagai tidak percaya.
"Astaghfirullahalazim, Zaril! Apa yang awak buat ni?" Ameena tekup mulutnya yang terbuka. Dia tak menyangka Zaril akan menjemputnya dengan cara begini. Pakai kostum beruang!
"Surprise!" Zaril tersengih-sengih sambil membetulkan rambutnya yang berserabai. Kepala beruang dikepit di pinggangnya.
"Siapa ajar awak buat surprise macam ni, hah? Tak malu ke? Semua orang asyik pandang awak aje tau!" tergeleng-geleng kepala Ameena. Memang betul, Zaril telah berjaya menarik perhatian orang ramai dengan kostum beruangnya itu.
"Nak malu apa? Bukannya saya bogel pun,"
"Zaril!"
Terkekeh-kekeh Zaril ketawa.
"Sajalah saya nak buat kelainan sikit. Nak hiburkan hati buah hati pengarang jantung saya ni. Terhibur tak?" Zaril jongket-jongket kening. Ameena mencebikkan bibirnya sebelum dia jatuhkan kepalanya sekali.
"Terhibur jugalah. Mana awak dapat kostum beruang yang comel gila ni?" tanya Ameena sambil jarinya mencuit-cuit hidung beruang tersebut.
"Saya sewa."
"Membazir ajelah awak ni, Zaril."
"Alah, tak mahal pun sewa. By the way, macam mana flight tadi? Okey?" Zaril letakkan kepala beruang di atas troli sebelum troli itu ditolak menuju ke arah pintu keluar.
"Alhamdulillah, okey. Smooth aje." Ameena menjawab bersama senyum nipis.
"Lapar tak?" tanya Zaril.
"Gila tak lapar? Mestilah lapar..." berkerut-kerut muka Ameena sambil memegang perutnya yang kempis. Zaril ketawa.
"Okey, jom kita pergi makan sedap-sedap!" ujar Zaril. Lagi beberapa meter menghampiri pintu keluar, suara jeritan seseorang mematikan langkah Zaril dan Ameena. Terus mereka berpaling ke belakang memandang pemilik suara yang sedang berlari kecil sambil mengheret bagasinya.
YOU ARE READING
Dear Little Wife
RomanceRaja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di mata Ameena pula, Aisar lebih daripada seorang abang. Ya, Ameena sukakan Aisar. Walaupun Aisar kadang...