Bab 26

8K 764 337
                                    

PERLAHAN Aisar tolak pintu wad yang menempatkan Ameena. Jelas kelihatan sosok Ameena yang sedang berbaring membelakangi. Malam ini dia akan menjaga Ameena. Kalau diikutkan, Puan Rosni mahu menemani Ameena tetapi dia berkeras juga mahu berada di sini. Apa yang berlaku, semua salah dia. Itu hakikat.

Tadi Encik Azril datang menjemput Puan Rosni. Lelaki itu baru saja pulang dari balai polis. Lihat wajah Encik Azril tadi, kecut perut Aisar dibuatnya. Garang. Langsung tak ada segaris senyuman. Aisar tahu Encik Azril juga sangat marahkan dia. Kalau lah Encik Azril tak berfikir dengan waras, mesti pipi dia akan menerima tamparan daripada lelaki itu. Yakin. Pasti sangat.

Aisar letak plastik berisi sebotol air dan beberapa bungkus roti atas meja. Punggung dia henyak pada birai katil.

"Meen..." Aisar panggil. Dia tahu Ameena sudah terjaga selepas dia dipindahkan ke dalam wad.

   Ameena diam. Matanya kembali berkaca-kaca. Bibir bawah digigit.

"Meen, abang minta maaf. Sungguh-sungguh abang minta maaf, Meen. Maafkan abang." lirih suara Aisar menyatakan kekesalan dan salahnya. Ameena pejam mata. Nafas ditarik dan dihelanya panjang.

   Marah kah dia pada Aisar? Entah lah.

"Abang minta maaf sebab tinggalkan Meen."

   Ameena diam. Terkelip-kelip matanya memandang ke arah langsir yang sesekali bergerak ditiup angin malam. Bantalnya sudah basah. Bibirnya bergetar. Selimut di dada, dia cengkam kuat.

   Aisar sentuh bahu Ameena dari belakang.

"Meen. Abang faham kalau Meen marahkan abang. Memang salah abang. Abang tinggalkan Meen. Abang minta maaf Meen. Tolong... maafkan abang." pinta Aisar. Ameena hela nafas panjang.

"Meen call abang banyak kali... tapi abang langsung tak angkat. Meen takut abang. Meen sorang-sorang aje masa tu." tubuh Ameena bergegar kecil. Air mata makin galak merembes keluar.

Dengar tangis Ameena, makin Aisar rasa bersalah. Dadanya terasa berat. Rasa susah nak bernafas.

"Meen..."

"Meen rasa nak mati, abang."

"Meen..."

   Aisar peluk tubuh Ameena dari belakang. Kepala dia jatuhkan atas kepala Ameena. Dicium-ciumnya rambut Ameena melepaskan rasa kesal yang menggunung. Tangannya mengenggam jemari Ameena.

"Abang minta maaf, Meen. Abang minta maaf." berkali-kali Aisar ucap ayat itu. Tak tahu ayat apa lagi yang harus dia tuturkan kecuali kata maaf. Pusing tubuh, Ameena lingkarkan tangannya ke tubuh Aisar. Wajah dia sembamkan ke dada Aisar melepaskan tangis panjangnya di situ.

   Aisar membiarkan. Jemarinya melurut rambut panjang Ameena. Pelukan gadis itu dibalas.

"Meen takut..."

"Abang ada. Abang ada. Abang janji takkan tinggalkan Meen lagi. Abang akan jaga Meen. Abang janji, Meen... Abang minta maaf."

   Belakang tubuh Ameena, Aisar tepuk-tepuk macam anak kecil. Panjang tangisnya sehingga Ameena sendiri tak tahu bila masa dia terlelap. Aisar juga sama. Terlena di atas katil yang sama.

*****

AMEENA didudukkan atas sofa dengan penuh berhati-hati. Bantal berbentuk petak diletakkan di belakang Ameena. Pandang Aisar, Ameena hadiahkan seulas senyuman.

"Terima kasih."

Aisar hanya angguk kepala. Puan Rosni muncul dengan segelas jus oren. Ruang kosong di sebelah Ameena, Puan Rosni ambil.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now