Bab 3

7.7K 586 24
                                    

"RAJA Nur Ameena! Bangun sekarang! Dah pukul berapa ni?!" suara pekikan Puan Shafinas dari tingkat bawah buat mata Ameena terbuka luas. Dari posisi meniarap, terus dia terduduk tegak di atas katil. Pandang kiri dan kanan sebelum tangan naik mengenyeh mata yang masih terasa mengantuk.

Dah pukul berapa sekarang ni?

Tangannya panjang mencapai jam loceng atas meja lampu. Jarum jam tepat menujukkan ke angka sebelas pagi. Dah sebelas pagi?! Ya Rabbi!

Pintu bilik dibuka kasar dari luar. Dek terkejut, terpelanting jam loceng yang dia pegang tadi. Menyinga muka Puan Shafinas sambil melangkah masuk ke dalam ruangan kamar si anak dara. Ameena sengih bersalah. Sedar dia salah sebab tidur sampai ke pukul sebelas pagi! Lagi satu jam nak masuk tengahari kut.

"Mama..."

"Ini kalau mama tak terpekik terlolong macam warden asrama, tak adanya Meen nak bangun lagi kan?" soal Puan Shafinas. Dia jeling si anak dara. Langsir disingkap tepi menjemput cahaya luar masuk. Automatik mata Ameena terpejam.

"Matahari dah terpacak atas kepala dah pun, sayang!"

Bla bla bla... Puan Shafinas masih sambung membebel. Perlahan-lahan Ameena turun dari katil bersaiz Queen itu. Kain tuala yang tersangkut di dalam almari segera dikeluarkan lalu diletak atas kepala.

"Mama, Meen nak mandi ni. Mama jangan lah bising-bising lagi. Nanti kalau pecah gegendang telinga Meen, nak tunding jari dekat siapa?" selamba Ameena menuturkan ayat itu. Puan Shafinas jegil mata.

"Tunding jari kat diri sendiri sebab buat mama membebel!"

"Okey, okey. Stop. Meen nak mandi ni. Mama bagi Meen setengah jam lepastu Meen turun bawah ya. Okey mama sayang?" tak menunggu balasan si mama, memecut Ameena lari masuk ke dalam kamar mandi. Dari dalam kamar mandi, Ameena masih dengar suara Puan Shafinas sambung membebel.

"Kalau macam ni punya perangai, takde siapa nak buat menantu Ameena oi!"

Hesy, mama! Tahu tak kata-kata itu satu doa? Kalau anak mama ni takde orang nak macam mana? Tak kesian ke dekat Meen? Mama ni!

*****

TEPAT jam dua belas, Ameena turun ke tingkat bawah. Badan terasa segar dengan haruman body wash Lavender kegemarannya. Kalau tak difikirkan Puan Shafinas tersayang, mahu dia sambung lena dalam bath tub!

"Good mor... eh good afternoon mama, papa!" menyengih tak bersalah Ameena menghampiri Puan Shafinas dan Raja Yusman yang sedang duduk di ruang tamu. Sorang tengah belek telefon bimbit, sorang tengah tengok televisyen. Ameena ambil duduk di sebelah Raja Yusman. Tak berani nak duduk kat sebelah ratu singa tu. Eh! Sorry mama!

"Hmmm kata setengah jam. Ni pukul dua belas baru turun!" sindir Puan Shafinas.

"Meen keringkan rambut dulu tadi. Mama jangan lah marah-marah lagi. Meen dah turun ni, kira okey lah tu. Kan papa kan?" Ameena paut lengan Raja Yusman. Raja Yusman cuma menggumam. Kepala masih tunduk memandang skrin gajet di tangan. Ameena panjangkan leher, mengintai. Patut lah khusyuk semacam. Tengok debat politik!

"Dah jom ikut mama masuk dapur." Puan Shafinas bangun dari duduk. Baru lima langkah dia toleh kembali memandang si anak dara yang masih menempel di sisi Raja Yusman. Mata dijegil.

"Ameena, ikut mama masuk dapur."

"Okey... okey! Mama masak apa hari ni?" terkedek-kedek Ameena di belakang Puan Shafinas.

"Belum masak."

"Hah? Habis tu kenapa mama ajak Meen masuk dapur? Meen ingatkan mama nak suruh Meen tolong angkatkan lauk." Pelipis Ameena berkerut. Sekilas Puan Shafinas pandang Ameena.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now