LEHER Aisar terkehel ke sisi bila bahunya dicuit beberapa kali. Wajah rakan sekelasnya, Nasrul, dipandang pelik.
"Apa?" Aisar angkat kening dengan pelipis yang bergaris halus.
"Adik kau, si Ameena tu..."
"Erm, kenapa dengan dia?"
"Cute."
Aisar guling mata ke atas. Nasrul bukan orang pertama yang mengatakan hal itu padanya. Ameena cute, Ameena comel, Ameena genit dan pelbagai Ameena itu ini. Bukan setakat itu sahaja, ada juga mamat-mamat junior yang beratur depannya semata-mata nak minta nombor telefon Ameena. Eh, helo! Kenapa tak pergi minta sendiri dekat tuan punya badan?
"Jadi, apa motif kau bagitahu aku?" soal Aisar, malas-malas. Nasrul sengih tayang gigi.
"Kau kan abang dia. Kau lah satu-satunya lelaki kacak kat kolej ni yang ada hubungan rapat dengan si Ameena tu. Apa kata, kau tolong adjust dia dekat aku? Deal? Kau bayangkan lah, Aisar. Kau tak rasa ke aku dengan adik kau tu sepadan? Letak dia kat sebelah aku, macam pinang dikerat dua." Nasrul tepuk-tepuk bahu Aisar. Aisar mendengus. Alahai, makin cair tahi telinga dia dengar omong si Nasrul ni.
"Ni, kalau kau nak dekat si Ameena tu, usaha sendiri lah brother. Bukannya kau datang sini minta aku tolong adjustkan kau dengan dia. Kalau kau betul-betul gentleman, pergi approach dia pakai ayat manis bergula kau tu. Kalau dia sangkut, syukur lah. Kalau dia reject, nasib kau lah brother. Itu bermaksud, kau bukan taste dia. Ada faham?" Aisar gelak sinis sambil geleng kepala. Penat betul bila asyik ulang ayat yang sama. Nak mengurat awek, tapi nak pakai orang tengah. Eei, pengecut!
"Hesy, Aisar. Bukan aku tak nak pergi approach dia sendiri. Aku dah buat kut tapi adik kau tu buat dek aje dekat aku. Aku minta nombor telefon, dia kata privasi. Aku ajak pergi makan dekat kafe, dia kata dah kenyang. Semedang adik kau tu kenyang weh, Aisar. Aku ajak sembang-sembang, dia tolak. Alasan, ada banyak kerja nak kena buat."
"See! Benda sudah terang lagi bersuluh kut. Dia reject kau, dia tak minat dekat kau. Jadi, lebih baik kau back-off aje lah Nasrul. Tak payah buang masa kau lagi. Banyak aje student baru kat kolej ni yang lagi uhmph daripada si Ameena tu. Si Ameena tu ada apa aje? Pendek, kenit, suka cakap banyak, kadang-kadang kuat melawan pulak tu."
"Pergh kau ni, Aisar. Tak beragak eh kutuk adik sendiri. Eh, walaupun dia tu berstatus adik angkat kau aje, tapi satu kolej ni dah pandang kau dengan Ameena tu macam adik beradik kandung kau tahu tak? Datang kolej sekali, balik pun kadang-kadang sekali. Kau ni tak sayang adik sendiri ke?" Nasrul merengus. Dasar Aisar langsung tak bersyukur ada adik perempuan comel macam si Ameena tu.
"Sayang lah." balas Aisar, mendatar. Ya, memang lah dia sayangkan Ameena. Budak perempuan yang membesar depan dia dari kecil kut. Takkan lah dia tak sayangkan Ameena. Hesy!
"Tu, tu! Adik kesayangan kau datang!" tepukan tangan Nasrul pada bahu Aisar dah serupa kompang. Lekas-lekas Nasrul betulkan kolar baju dan rambutnya yang disisir kemas dengan gel. Kena nampak kacak depan Ameena. Eh!
Bebola mata Aisar menyoroti langkah Ameena menghampiri mejanya. Dia fikir Ameena akan berhenti dan menyapanya macam selalu, tapi sangkaannya meleset. Menonong aje Ameena berjalan melepasi mejanya tanpa berpaling sedikit pun ke arahnya. Mustahil Ameena tak nampak dia kat sini. Erk!
"Weh, Aisar. Kau dengan Ameena tu bergaduh ke apa? Masam aje muka adik kau tu. Selalu dia lah yang paling teruja kalau nampak kau. Tapi..." mata Nasrul memandang langkah Ameena dan rakannya keluar dari perpustakaan. Jemari Aisar mengetuk permukaan meja dengan alis kening yang hampir bercantum. Dia tahu kenapa Ameena tarik muka macam tu dengan dia. Pasti sebab kes pagi tadi. Hesy, Meen...
YOU ARE READING
Dear Little Wife
RomanceRaja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di mata Ameena pula, Aisar lebih daripada seorang abang. Ya, Ameena sukakan Aisar. Walaupun Aisar kadang...