Bab 27

7.1K 682 55
                                    

PERTAMA kali Ameena pulang ke kampung Encik Azril yang terletak di Terengganu. Anak saudara Encik Azril merangkap sepupu perempuan Aisar akan bernikah esok dengan jejaka pilihannya. Kalau ikutkan, mereka akan bertolak ke Terengganu dua hari sebelum majlis. Tapi memandangkan Ameena dan Aisar ada kelas, jadi mereka terpaksa bertolak sehari sebelum majlis. Lepas subuh mereka terus bertolak. Takut kalau lewat keluar, lambat pula sampai.

Baru aje sampai, ahli-ahli keluarga Encik Azril menyambut mereka dengan begitu mesra sekali. Semuanya pakat-pakat bising bila nampak kereta milik Encik Azril menyusur memasuki perkarangan rumah.

"Sampai akhirnya kau orang. Ingat dah tak dapat balik!" seorang wanita awal enam puluhan yang berkain batik mendekati mereka. Ameena di sisi Puan Rosni memerhati wanita itu menyalami dan berpelukan dengan Encik Azril dan Puan Rosni. Oh, Aisar juga. Nampak mesra benar.

"Ini..." wanita itu pandang Ameena.

"Menantu kita orang, Kak Long. Ameena namanya." Puan Rosni peluk bahu Ameena. Ameena hulur tangan mahu bersalam. Bibir wanita itu terherot satu senyuman panjang.

"Comei sungguh eh menantu mu, Ros!" puji wanita itu. Ameena pula yang tersipu-sipu malu. Sudah lah suara wanita itu kuat sampaikan ada beberapa pasang mata lagi kini memandang ke arahnya.

"Harus lah comei. Bini Aisar kan?" Puan Rosni mengekek gelak dengan wanita itu. Ameena jeling Aisar lewat hujung mata. Lelaki itu kelihatan terpinga-pinga. Nak sengih pun macam ayam berak kapur.

"Meen, ni Mak Long Yah. Kakak sulung ayah. Masa majlis Meen dengan Aisar dulu, Mak Long Yah tak dapat datang."

"Oh..."

"Anak perempuan bongsu dia lah yang nak menikah esok. Anak Mak Long ni rasanya tua dua tahun daripada Meen. Si Farhana tu, umur dua puluh kan Kak Long?"

"Haah. Budak-budak sekarang dah macam kita dulu-dulu. Pakat nak kahwin awal."

"Itu lah."

   Sepuluh minit juga mereka berdiri sebelum Mak Long Yah menjemput mereka masuk ke dalam. Ameena mengekor Puan Rosni dari belakang serupa anak itik. Almaklumlah, dia kan belum pernah datang sini. Ahli keluarga sebelah Encik Azril dan Puan Rosni pun dia belum kenal habis. Encik Azril melencong mendapatkan saudaranya yang dah lama tak jumpa. Aisar? Entah, Ameena tak sedar bila lelaki itu menghilang pergi.

   Masuk ke dalam rumah, mata Ameena terpandangkan pelamin indah yang terletak di satu sudut. Cantik betul. Ada bunga telur di kiri dan kanan pelamin dan beberapa dulang hantaran yang masih belum sepenuhnya siap. Ameena hela nafas pendek. Pelamin masa hari akad nikah dia dan Aisar dulu, kecil aje. Hanya mini pelamin buat habuan nak bergambar. Tak ada dulang hantaran pun. Yang ada cuma sirih junjung. Pokoknya, memang majlis yang sangat simple.

"Mak Teh!"

Terpusing kepala Ameena bila seorang gadis bertubuh sedikit chubby menghampiri Puan Rosni. Mesra Farhana menyalami dan berlaga pipi dengan Puan Rosni.

"Berseri muka dia nak nikah esok ye?" Puan Rosni mengusik. Tangan naik menepuk perlahan pipi Farhana.

"Mak Teh ni..." mata Farhana menjeling Puan Rosni, manja sebelum matanya terpandangkan Ameena yang duduk bersimpuh di sisi Puan Rosni. Senyuman gadis itu, Ameena balas.

"Ini ke isteri Abang Aisar?" soal Farhana, menunding jarinya ke arah Ameena. Puan Rosni dan Ameena angguk kepala serentak.

"Comelnya!"

"Mesti lah. Menantu Mak Teh kan... harus lah comel. Nama dia Ameena. Panggil Meen."

"Iya lah tu. Hai, panggil aje Ana." Farhana hulur tangan mahu bersalam. Ameena sambut huluran Farhana lalu tangan itu dia bawa ke dahi. Terpinga-pinga Farhana dibuatnya. Sedar kerutan kecil di dahi Farhana, Puan Rosni gelak kecil. Paha Farhana ditepuk.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now