SEPERTI yang dijanji-janjikan, hujung minggu itu Aisar datang jemput Ameena di rumah. Plan hari ni nak bawa si adik genit tu pergi makan sempena meraikan kejayaannya memperolehi keputusan SPM yang membanggakan.
Mereka ke salah sebuah shopping complex yang terletak di tengah-tengah bandar. Dah nama pun hari minggu, memang ramai gila orang. Tapi itu tak membuatkan dua manusia itu membatalkan rancangan mereka. Bagi Ameena, jarang dia dapat peluang yang begini. Peluang untuk 'dating' dengan si abang yang sebenarnya dia dah anggap lebih daripada seorang abang. Tapi Aisar tak tahu pun.
"Abang tak menyesal eh offer nak belanja Meen makan hari ni?" soal Ameena memandang Aisar yang berjalan di sebelah. Aisar angkat bahu dan cebik bibir.
"Tak. Langsung."
"Okey. Meen nak makan... erm..." melilau mata Ameena memandang deretan restoran di situ. Banyak betul. Cakap aje nak makan apa. Nak ala-ala korea ke, jepun ke, barat ke, melayu ke... semua ada. Tinggal pilih aje. Tukang bayar, semestinya lah Encik Aisar Haddad kita.
"Meen nak makan tu!" Ameena tunding jari ke arah sebuah restoran makan. Terteleng kepala Aisar memandang ke arah yang Ameena maksudkan. Rahang Aisar jatuh sebelum dia pandang wajah Ameena.
"Serius?"
"Yup! Kenapa?"
"Itu aje? Alah, abang ingatkan Meen nak pau abang makan yang mewah-mewah. Rupanya... Sushi King aje?" sekali lagi Aisar minta kepastian. Ameena angguk-angguk kepala sambil tersengih.
"Hehe, iya. Meen tak craving apa-apa pun sekarang ni. Tapi Meen memang dah lama betul tak makan sushi. Dan hari ni, abang kena bayar semua harga sushi yang Meen makan. Tak boleh merungut." Ameena angkat jari menunding ke arah Aisar. Aisar jeling. Wajah riak dia tayang.
"Meen nak makan sekali dengan tukang gulung sushi tu pun abang boleh bayar lah. Jom masuk." Menonong Aisar melangkah masuk ke dalam restoran sushi king. Ameena jelir lidah. Dia mengajuk kembali percakapan riak Aisar sebentar tadi sebelum gelak sorang-sorang.
*****
"MEEN."
"Ya?" dengan mulut penuh, Ameena menyahut panggilan Aisar di depan.
"Lepas ni temankan abang ya. Abang nak jumpa someone."
"Someone? Siapa? Kawan abang ke?"
"Haah, kawan. Meen temankan abang kejap ya. Lepas tu, abang hantar Meen balik. Tadi Uncle Yus pesan jangan hantar Meen balik lewat sangat. Abang dah janji nak hantar Meen balik sebelum pukul lima." Ujar Aisar. Ameena langsung jeling jam yang terletak elok di pergelangan tangan kirinya. Baru pukul satu tengahari.
"Okey."
Satu jam di dalam restoran Sushi King, mereka berdua melangkah pergi. Ameena tak ambil tahu pun berapa total harga sushi yang dia makan tadi. Biar lah. Aisar yang nak belanja sangat, dia lah yang bayarkan. Dia, pejam mata saja.
Mereka berjalan di hadapan deretan kedai-kedai berjenama. Ameena pandang Aisar di sebelah. Lelaki itu nampak sibuk betul dengan telefon bimbit di tangan. Jemari tu, laju betul menari atas papan kekunci. Entah mesejkan siapa, Ameena tak tahu. Mesej kawan yang Aisar ada sebut tadi kut?
"Abang, kita ni berjalan nak ke mana ni? Lift dah lepas." Soal Ameena. Dari tadi lagi mereka asyik berlegar-legar di sini tanpa arah tujuan. Turun naik eskelator sekadar mahu buang masa dan sakitkan telapak kaki. Aisar bagai tersedar, terus pandang Ameena yang wajahnya dah tak semanis tadi. Meliar mata Aisar pandang sekeliling.
YOU ARE READING
Dear Little Wife
RomanceRaja Nur Ameena dan Aisar Haddad. Satu-satunya permata dalam keluarga masing-masing. Di mata Aisar, Ameena adalah adik perempuan kesayangannya. Di mata Ameena pula, Aisar lebih daripada seorang abang. Ya, Ameena sukakan Aisar. Walaupun Aisar kadang...