Bab 2

8.9K 738 7
                                    

RIUH suasana petang itu di laman rumah Encik Azril dan Puan Rosni. Walaupun tidak lah ramai mana tapi cukup lah buat laman rumah itu seperti dipenuhi puluhan manusia. Dari tadi lagi Ameena tak henti menyengih. Seronok!

"Terima kasih Ayah Ril, Mama Ros untuk hari ni. Meen happy sangat." Ucap Ameena yang duduk di atas bangku batu.

"Sama-sama, Meen. Dah lama tau Ayah Ril dengan Mama Ros rancang semua ni. Lepas aje Meen habis paper SPM, kita orang nak buat barbeku untuk raikan kemenangan Meen." Balas Encik Azril lalu menghirup perlahan kopi 'o' panas.

"Awh, so sweet. Susah-susah aje. Terima kasih!" Ameena rasa nak menangis. Baiknya Encik Azril dan Puan Rosni walaupun pasangan itu langsung tiada pertalian darah dengannya. Mereka cuma kenalan rapat kepada Raja Yusman dan Puan Shafinas. Dari kecil lagi, Ameena membesar di hadapan pasangan itu.

"Kami dah anggap Meen macam anak kami dah. Almaklumlah, takde rezeki nak timang anak perempuan." Tokok Puan Rosni pula. Ameena sengih.

"Ye lah, Azril... Ros. Kami pun nak berterima kasih sangat-sangat sebab sayangkan Meen macam anak kau orang sendiri. Nanti kalau kami dah takde, kami tak perlu risau lagi. Sekurang-kurangnya ada kau orang berdua boleh jagakan Meen." Raja Yusman senyum-senyum. Ameena pandang Raja Yusman, lama. Dia tak suka apa yang Raja Yusman katakan itu. Dia tak boleh terima kalau Raja Yusman dan Puan Shafinas pergi tinggalkan dia buat selama-lamanya.

Encik Azril tepuk bahu Raja Yusman.

"Jangan risau, Yus. Kita akan jaga Meen dengan Aisar sama-sama."

Ameena pandang sosok tubuh Aisar yang menapak menghampiri sambil pegang sepinggan ayam bakar yang masih berasap nipis lagi. Bila Aisar letak pinggan atas meja batu, mata Ameena bersinar-sinar.

"Wah, sedapnya ayam bakar Abang Aisar!" puji Ameena. Aisar mencebik. Badan dia dah bau asap okey! Nasib dia lah bila kena bakar ayam sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa. Dia orang semua datang tengok ada lah. Cis!

"Aisar, duduk lah rehat. Biar uncle yang sambung tengok-tengokkan ayam atas bara tu." Pelawa Raja Yusman.

"Takpe, Uncle Yus. Aisar boleh buat sendiri."

"Eleleleh... Abang Aisar merajuk ke tu? Merajuk sebab kena bakar ayam sorang-sorang sampai rentung muka tu. Dah tak handsome!" celah Ameena, selamba. Aisar jegil mata. Mujur Ameena duduk jauh sikit dari dia. Kalau tak, ada juga yang kena ketuk dengan penyepit kat tangan dia ni.

"Raja Nur Ameena..." Puan Shafinas jegil mata. Kurang berkenan bila anak dara dia ni cakap macam tu. Ameena buat muka selamba.

"Dah, dah. Duduk dulu kat sini Aisar. Meh minum dulu." Raja Yusman tarik lengan Aisar untuk duduk. Aisar menurut. Heh, dekat mulut cakap tak apa tapi dalam hati rasa nak buat sujud syukur bila Raja Yusman bagi dia rehat.

Apa punya kejam lah Encik Azril dan Puan Rosni mendera dia. Sejam lebih kut dia terpacak berdiri macam kuli sambil kipas asap. Mereka seronok berhuha-huha kat bawah pokok. Dia juga yang kepanasan.

"Kesian anak teruna mama ni." Dahi Aisar yang merenik peluh itu, Puan Rosni lap dengan tisu. Aisar membiarkan sambil senyum nipis. Baru nak kesian? Dari tadi dia terpacak kat situ, takde siapa yang peduli. Ha, ni yang nak nangis ni!

"Macam mana dengan study, Aisar? Bila habis?" Raja Yusman menyoal ramah. Seperti Encik Azril dan Puan Rosni sayangkan Ameena, dia juga sayangkan anak lelaki kepada pasangan itu. Aisar Haddad, anak lelaki kenalan rapatnya dari zaman muda lagi. Aisar Haddad membesar di depan mata mereka juga.

"Alhamdulillah, okey uncle. Insya-Allah, tahun depan habis."

"Degree ya?"

"Ya, uncle."

"Lepas habis degree, nak sambung ke mana pula?"

"Tak tahu lagi, uncle."

"Buka bisnes, Aisar. Since Aisar pun study bidang bisnes, apa kata Aisar buat satu bisnes. Uncle boleh tolong kalau Aisar nak apa-apa," Raja Yusman hulur bantuan. Aisar senyum nipis. Kepalanya terangguk-angguk.

"Thank you, uncle. Will do."

Raja Yusman tepuk-tepuk bahu Aisar.

"Ameena pula macam mana? Dah plan nak sambung belajar kat mana lepasni?" soal Puan Rosni. Kini semua mata-mata terarah kepada si genit Ameena yang duduk mencubit isi ayam lantas dimasukkan ke dalam mulut. Ameena pandang semua orang dan tersengih. Eh tertangkap curi-curi cubit isi ayam!

"Tak tahu lagi Mama Ros."

"Aik? Takkan lah takde perancangan langsung lepas SPM?"

Ameena sengih.

"Dia ni, katanya nak berehat-rehat dulu lepas SPM. Nak layan drama korea, nak khatam novel-novel melayu yang bertimbun tu sambil tunggu result SPM keluar. Lepastu baru lah dia nak fikir nak sambung belajar kat mana. Tak gitu, Raja Nur Ameena?" menjeling Puan Shafinas memandang si anak dara. Kepala Ameena terangguk-angguk.

"Alah, relaks lah. Bagi lah chance Meen nak have fun, berjoli dengan kawan-kawan Meen."

"Berjoli ya? Mama tak izinkan!"

"Alah, mama!"

Aisar gelak kecil.

"Bagus lah, Aunty Finas. Jangan dilayankan sangat mengada-ngada si Meen ni. Patutnya lepas SPM, suruh dia berdikari. Cari duit sendiri untuk tampung belanja bila nak sambung belajar nanti. Kalau tak nak kerja, ajar Meen masak. Kemas rumah ke, tanam sayur-sayuran kat belakang rumah ke. Baru lah boleh jadi gadis melayu yang serba boleh." Tiba-tiba Aisar mencelah. Monyok terus muka Ameena bila Aisar cakap macam tu. Tepat! Pedih sampai ke ulu hati!

Wahai orang-orang kampung! Tengok lah mulut si Aisar Haddad ni! Eei!

"Betul cakap Aisar tu. Mama setuju."

"Papa pun setuju!"

Raja Yusman dan Puan Shafinas angkat tangan. Bila Ameena buat muka, pecah ketawa semua orang. Ameena jeling Aisar yang tengah senyum sinis. Nasib baik Aisar bukan duduk kat sebelah dia. Kalau tak, mahu dia tuang sos barbeku ni atas kepala tu. Eei, geram!

Alah! Hancur lah plan aku nak have fun dengan kawan-kawan sekolah lepas tamat peperiksaan SPM ni. Ini semua mulut Abang Aisar punya pasal!

Eh tapi. Kalau bukan sebab mulut Abang Aisar pun, mama dengan papa susah nak kasi aku keluar rumah. Sedihnya hidup bila semua pergerakan aku sentiasa dikawal!

"Meen benci Abang Aisar! Hurm!" Ameena peluk tubuh sendiri. Wajah dipaling ke arah lain.

"Jangan benci sangat. Nanti sayang sangat pulak." Tutur Aisar buat bahu Ameena jatuh. Diam-diam Ameena jeling tingkah Aisar yang sesekali ketawa dan tersenyum bila berbual dengan manusia-manusia di situ.

Abang Aisar, macam mana Meen nak benci abang sangat kalau hati Meen dah sayang abang sangat-sangat?

Ameena hela nafas panjang.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now