Bab 14

6.3K 569 21
                                    

MALAM itu, Aisar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Menjaga Encik Azril yang ditahan di hospital pada malam itu. Sedari tadi, Encik Azril langsung tak buka mulut. Dia benar-benar lancarkan mogok dengan Aisar. Semuanya gara-gara kerana Aisar menolak permintaannya untuk berkahwin dengan Ameena.

Aisar duduk di sofa memandang Encik Azril yang sedang berbaring membelakanginya. Aisar tahu Encik Azril tak tidur lagi. Macam lah dia tak nampak Encik Azril asyik berubah posisi di atas katil itu. Mungkin tak selesa kut. Aisar hela nafas panjang. Macam mana dia nak pujuk Encik Azril untuk tidak memaksa dia dan Ameena?

Aisar bangkit dari duduk. Langkah dibawa ke arah katil. Punggung dia henyak pada birai katil yang menjadi tempat pembaringan Encik Azril.

"Ayah, tidur dah ke?" soal Aisar. Encik Azril diam. Terkebil-kebil pandang dinding kosong.

"Sampai bila ayah nak mogok dengan Aisar ni? Tak macho lah, ayah." Seloroh Aisar. Tetap masih tiada respon daripada lelaki itu. Aisar garu belakang leher. Seumur hidup, ini pertama kali Encik Azril merajuk dengan dia. Sekejap. Siapa ayah dan siapa anak sekarang ni? Aduhai ayah!

"Let's talk, ayah. Aisar tahu ayah tak boleh nak tidur." Suara Aisar kedengaran serius.

"Pergi lah balik. Ayah boleh duduk kat sini sorang-sorang. Takde orang teman lagi bagus. Bukan ada yang peduli pun," suara Encik Azril pula kedengaran berjauhan. Lebih tepat lagi, merajuk. Aisar tak tahu sama ada dia harus gelak atau rasa tersentap dengan usiran lelaki itu. Dah serupa budak-budak aje.

"Ayah, jangan lah macam ni. Ingat comel ke?"

"Ayah kata pergi balik, Aisar. Ayah takde mood nak bercakap kalau semuanya hanya akan kecewakan ayah. Pergi lah balik. Temankan mama dengan Meen kat rumah sana. Kat sini nurse dengan doktor ada. Dia orang boleh tengokkan ayah. Balik lah." Halau Encik Azril lagi. Aisar garu pula kepala yang tidak gatal.

"Takkan sampai macam ni sekali ayah nak hukum Aisar?" keluh Aisar. Encik Azril diam. Dia tarik selimut sehingga ke kepala. Menutup seluruh tubuhnya. Tingkah itu memberitahu Aisar bahawa dia benar-benar tak sudi nak bercakap dengan lelaki itu.

Aisar mendengus. Tak menunggu lama, dia bawa langkah keluar dari ruangan berhawa dingin itu. Dengar pintu bilik ditutup, Encik Azril menyelak selimut yang membalut tubuhnya tadi. Tertoleh dia pandang ke arah pintu.

Ini baru sikit rajuk ayah, Aisar. Heh.

*****

LAMA Aisar mengunci diri di dalam keretanya. Sendirian memikirkan perkara yang amat menyerabutkan kepalanya. Sekejap-sekejap jemari mengetuk-ngetuk stereng kereta. Sekejap-sekejap dia ramas rambut sendiri. Sekejap-sekejap dia gigit kuku. Dan sekejap-sekejap, dia jeling telefon bimbit atas dashboard.

Keputusan yang dia buat beberapa saat lepas, rasional atau tidak ya? Perlu ke? Atau dia harus berdiri teguh dengan keputusan asalnya saja? Pedulikan permintaan Encik Azril dan teruskan hidup. Tapi sampai bila? Sanggup ke dia untuk buat tak endah dengan ayahnya sendiri? Sanggup ke dia berhadapan dengan Encik Azril yang entah bila akan memandangnya dengan pandangan kasih seperti sebelum ini?

Tapi bagaimana dengan Mona Lisa? Takkan lah dia mahu lukakan hati kekasih yang baru dikenalinya tak sampai setahun? Hubungan dia dengan Mona Lisa masih baru lagi. Masih di ambang bahagia kata orang.

Tapi Encik Azril?

Kalau harus memilih antara Mona Lisa dan Encik Azril, sudah pasti dia akan pilih Encik Azril yang dah banyak berkorban untuknya. Tapi... tapi... ah! Banyak betul tapi-tapinya! Sampai bila nak habis entah.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now