Bab 31

9.9K 901 208
                                    

KAWASAN kem perkhemahan kini dipenuhi ramai orang. Kesemua pelajar akan dibawa pulang ke kampus kembali. Hanya beberapa orang pensyarah dan fasilitator saja yang tinggal di sini. Sudah lebih dua puluh jam, usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan. Sehingga kini, mereka masih belum terima berita daripada pihak penyelamat.

Aisar bersandar lemah pada dinding. Jelas, di bawah matanya ada lingkaran hitam. Sepanjang malam, dia tak mampu melelapkan matanya walau sekejap. Dia tak boleh nak tidur bila memikirkan keadaan Ameena di dalam hutan. Dia tak tahu apa yang berlaku di hutan itu. Dia tak tahu sama ada Ameena masih hidup ataupun tidak. Ameena hilang hampir dua puluh empat jam!

"Makan sikit. Aku tak nak kau pula yang pengsan." Hasbi hulur pinggan yang berisi kuih muih. Aisar hanya pandang kosong sebelum kepala dia geleng ke kiri dan ke kanan.

"Aku takde selera lah."

"Kau berselera atau tak, kau tetap kena makan. Dari semalam kau tak jamah apa pun, Aisar. Tidur pun tak. Aku tahu kau risaukan Meen, aku faham perasaan kau. Kita kena yakin yang Meen akan selamat." Hasbi memujuk. Aisar raup wajah. Nafasnya berat.

"Dah hampir dua puluh empat jam, Hasbi. Langsung tak ada khabar dari dia orang. Dalam hutan tu... macam-macam benda boleh berlaku. Aku takkan maafkan diri aku kalau sesuatu buruk berlaku pada Meen. Semuanya salah aku. Aku tak jaga Meen dengan baik." tekan Aisar. Mahu menangis, malam tadi sudah puas dia menangis sampai kering air mata.

   Hasbi diam. Dia tahu, Aisar orang yang paling risaukan Ameena. Iya lah, adik dia kan? Walaupun bukan adik kandung.

"Aisar, parents kau dah sampai." Jazli tiba-tiba datang memberitahu. Mata Aisar membulat. Tak menunggu lama, berlari dia mendapatkan Encik Azril dan Puan Rosni yang baru tiba. Ikutkan hati, Aisar tak mahu beritahu soal kehilangan Ameena kepada mereka berdua. Tapi, Encik Fauzi bertegas. Kehilangan Ameena di dalam hutan ini bukan hal kecil. Penjaga Ameena perlu tahu.

"Mama, ayah!" Aisar menerpa. Tubuh Puan Rosni dia peluk erat-erat. Wajah kedua pasangan itu sudah risau. Aisar nampak mata Puan Rosni yang memerah dan sembap.

"Meen mana, Aisar? Dia orang dah jumpa Meen ke belum?" Puan Rosni cengkam lengan Aisar bila pelukan mereka terlerai. Hela nafas berat, Aisar geleng kepala. Dengusan kedengaran keluar dari mulut Encik Azril. Langkah Encik Azril kini bergerak mendapatkan beberapa orang manusia yang berpakaian uniform penyelamat.

"Macam mana dengan progress? Dah jumpa anak perempuan saya ke belum?!" keras suara Encik Azril. Rasa risau yang bukan sedikit membuatkan kata-katanya kedengaran kasar.

"Maaf, encik. Buat masa sekarang, kami belum terima apa-apa berita dari pihak penyelamat. Sabar ya encik."

"Macam mana saya nak sabar?! Anak saya dekat dalam hutan tu, sorang-sorang! Macam mana kalau perkara buruk berlaku dekat anak saya?! Anak saya tu perempuan, bukan lelaki!" jerkah Encik Azril. Puan Rosni tarik tubuh Encik Azril sedikit ke belakang. Aisar juga cuba menenangkan lelaki itu. Tahu Encik Azril tak mampu berfikir waras.

"Sabar ya encik. Pihak penyelamat cuba mencari anak encik secepatnya. Kami akan pastikan anak encik di bawa keluar dengan selamat." seorang lelaki yang menyarung uniform bomba memberi sedikit harapan. Encik Azril raup wajah. Matanya terasa panas. Risaunya bukan kepalang.

   Yus, Finas... aku minta maaf. Aku gagal jaga Meen seperti mana yang kau orang amanahkan untuk aku. Maafkan aku.

*****

"AUNTY, nah air." Mona Lisa hulur segelas minuman sejuk kepada Puan Rosni yang duduk termenung. Wajahnya kosong. Semestinya dia begitu risaukan keadaan Ameena. Angkat kepala, Puan Rosni sambut juga huluran gadis itu.

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now