Bab 36

15.7K 1.2K 423
                                    

Buat yang bertanya kenapa jalan cerita tak sama macam yang dulu? Jawapannya; saya dah tukar plot cerita. Dua tahun saya lost sebab takde idea, saya rasa eloklah kalau tukar plot. Moga-moga makin rajin update la lepasni hehehe. Tengs! 😘

*****

"SAYANGGGG, I minta maaf. Hari tu I terlalu emosional. I terlalu ikutkan perasaan I. I menyesal," Mona Lisa menerpa ke arah Aisar sebaik sahaja kelihatan sosok Aisar sedang berdiri bersandar tubuh pada kereta di hadapan rumahnya.

Pandang Mona Lisa, Aisar hela nafas pendek. Entah kenapa, selepas melihat tingkah Mona Lisa terhadap kedua orang tuanya tempoh hari, Aisar jadi tawar hati. Dia tak sangka Mona Lisa seberani itu menempelak Encik Azril dan Puan Rosni.

"Sayanggg..." melihat Aisar yang hanya diam, Mona Lisa sentuh pipi kiri Aisar. Tak selesa, Aisar langsung menepis sentuhan gadis itu.

"Jangan buat macam ni lah, Lisa." dengus Aisar.

"But, why? Sebelum ni takde pula you nak marah kalau I sentuh-sentuh you. You dah kenapa ni Aisar? What's wrong with you? You marahkan I pasal hari tu ke? Okey, I admit memang salah I. Tapi I tak sengaja. I terlalu ikutkan sangat perasaan I. Tapi I buat macam tu untuk masa depan kita jugak, Aisar."

"Tapi you tak hormatkan parents I, Lisa. You tinggikan suara you pada dia orang. Even I dengan Meen pun, tak pernah tengking-tengking dia orang macam yang you buat hari tu. You cakap parents I selfish, pentingkan diri sendiri. Itu dah melampau, Lisa." terkacip gigi Aisar mengungkit kembali hal yang berlaku beberapa hari lepas. Mona Lisa gigit bibir bawah.

"Jadi you nak I buat apa? Minta maaf? Okey... I akan minta maaf dekat parents you. Bawa I jumpa dia orang sekarang." ujar Mona Lisa. Dia sudah siap berhadapan dengan orang tua Aisar sekali lagi. Dia akan meminta maaf di atas kelancangan tutur bahasanya tempoh hari. Tapi itu tak bermakna dia mengaku salah. Baginya, Encik Azril dan Puan Rosni yang salah kerana menyekat kebahagiaan dia dan Aisar.

"Tak perlu, Lisa." Aisar bersuara datar.

"Why?" sebelah kening Mona Lisa terjongket. Aisar menarik nafas lalu dihelanya panjang. Wajah Mona Lisa dipandang tanpa rasa.

"I rasa cukup sampai sini aje."

"Maksud you?"

"Kita putus."

"What?! You buat lawak apa ni, Aisar?! You nak putus dengan I?!" Mona Lisa terjerit gara-gara terkejut. Air mukanya berubah mendadak. Bebola matanya seperti mahu terjojol keluar.

"Aisar!"

"I tak nak teruskan hubungan ni, Lisa. I rasa dah tawar hati pada you. I minta maaf," tutur Aisar. Mulut Mona Lisa terbuka. Dia kehilangan diksi tiba-tiba. Bermundar-mandir dia berjalan di hadapan Aisar sambil akalnya cuba memproses kata-kata yang keluar dari mulut Aisar sebentar tadi.

"Kenapa? You nak rujuk dengan Meen? You dah mula gila talak dekat janda you tu ke?!"

"Lisa!"

"Apa?! Salah ke apa yang I cakap? Mengaku ajelah yang you sebenarnya dah cintakan Meen, kan? Selama ni you keliru dengan perasaan you! Sekarang you dah rasa menyesal sebab ceraikan budak tu! Sebab itulah you nak putuskan hubungan dengan I. You bagi alasan kononnya dah tawar hati. Tapi sebenarnya you nak pergi kejar janda you tu balik!" berapi-api mata Mona Lisa memandang Aisar yang wajahnya sudah bertukar merah padam.

"Perkara ni tak ada kaitan dengan Meen, Lisa."

"You ingat I ni bodoh ke, Aisar?"

"I nak putus dengan you sebab I tak boleh terima cara you layan parents I tempoh hari. I paling tak suka orang yang tak reti hormatkan orang tua macam yang you dah buat!"

Dear Little WifeWhere stories live. Discover now