CIVIL WAR: BAB 10

16 3 0
                                    

16 watak.
Dari tujuh cerita berbeza.
Hanya satu pertarungan.
Bakal menentukan segalanya.

"Sudah sampai masanya."

Satu suara bergema ke setiap ruang bangunan kayu itu. Bunyi tapak turut kedengaran di koridor. Kelihatan Alif Najmi berjalan di sepanjang koridor. Dua bilah pisau sudah sedia di tangan.

Iskandar melangkah keluar dari kelas. Tangannya yang hilang hanya menumbuk bahu Alif Najmi. Dua sahabat itu berjalan ke pintu keluar. Isma Fatieha dan Aliya Syakira baru munculkan diri dengan senjata tajam di tangan.

Sebaik mereka melangkah keluar dari bangunan kayu itu, Ilyana Zhamuri segera bersiap memegang sniper yang disandangnya. Cindy Hawk turut bersedia dengan sniper. Aya pula memperbetulkan katana.

Enjin kenderaan kedengaran. Kereta Nissan 370Z dipandu keluar dari stor. Kelihatan machine gun sudah terpasang di atas bumbung. Begitu juga dengan trak Mitsubishi Pajero. Siap ada pelancar roket lagi. Syarifah Izzati menunggang basikal yang diubahsuainya keluar dari stor.

Luthman Harith dan Aminah Safawiyah sedia lindungi anak mereka yang tersayang.

Aisyah Maisarah munculkan diri di sebelah Alif Najmi. Begitu juga dengan tiga beradik dari dunia lain itu.

Mereka menghadap dua makhluk paling berkuasa yang pernah mereka temui.

"Bonda..." ucap Aisyah Maisarah, perlahan sebaik melihat Rozepa berdiri jauh di depannya.

Bahu Aisyah Maisarah ditepuk, menarik pandangannya.

"Semua arahan dari kau. Kitorang dengar," kata Alif Najmi dari sebelah dengan matanya tumpu pada musuh.

Aisyah Maisarah memandang lelaki itu. Dia melihat setiap wajah yang lain. Apa pasti bakal terkorban sealanya? Apa juga pasti akan terselamat semuanya? Pandangan kembali tertumpu pada dua lawannya; Rozepa dan Hamashita Natsume.

Tangan diangkat tinggi.

"Ayuh! Ke depan!" seru Aisyah Maisarah bersemangat.

Segera mereka mengeluarkan kebolehan masing-masing. Alif Najmi menjadi musang jadian, ketuai pasukan pawn.

Hamashita Natsume berlari ke depan dengan pisau di tangan. Rozepa hanya memerhati dari belakang. Matanya tepat dituju ke arah Aisyah Maisarah. Mereka berdua tidak memandang mereka yang sedang berlawan mati-matian di depan.

"Muahahahahaha!" Hamashita Natsume mengilai sebaik terkena serangan dari Alif Najmi.

Dia berundur beberapa langkah. "Boleh tahan."

Ketua puak Psycho itu mengeluarkan dua bilah pisau. Alif Najmi teruskan menyerang. Isma Fatieha dan Aliya Syakira turut membantu. Tiga orang psiko berlawan dengan seorang ketua puak Psycho sudah cukup epik disaksikan mereka di situ.

Satu demi satu serangan berjaya dielak pantas Hamashita Natsume. Tawa ilai turut kedengaran.

Pada masa yang sama, Hamashita Natsume menyerang balas. Dia melemparkan pisau ke muka Alif Najmi. Mujurlah Isma Fatieha pantas menepis pisau tersebut dengan sudu sahaja. Aliya Syakira menerkam Hamashita Natsume dari belakang. Pantas, Hamashita Natsume berpusing ke belakang lantas menendang perut Aliya Syakira. Susuk wanita itu terpelanting jauh hingga terkena dinding kayu.

"Aduh..." keluh Aliya Syakira terbaring di dalam bangunan kayu itu.

Alif Najmi dan Isma Fatieha masih berlawan dengan Hamashita Natsume. Sekarang masanya!

Mereka berdua serentak memberi tendangan udara setelah Hamashita Natsume menyepak Aliya Syakira tadi. Badan lelaki badut itu terpelanting ke tanah. Dia bangkit berdiri dengan pantas. Tawa ilai kedengaran lagi.

All-InWhere stories live. Discover now