ADVENTURE BEGINS: BAB 11

30 7 30
                                    

Tuk! Tuk! Tuk!

"Hello!" sapa Samantha Lee berdiri di luar rumah agam Elizabeth Foxe.

Pintu dibuka dari dalam. Elizabeth Foxe melihat orang ramai berkumpul di halaman rumahnya.

"Hai, Sam!" sapa Elizabeth Foxe teruja.

"Hai!" balas Samantha Lee.

Dua wanita itu berpelukan seketika. Elizabeth Foxe melihat mereka yang berkumpul beramai-ramai. Kelihatan Hanif berdarah hidung melihat wanita Amerika itu tidak dipandangnya.

"Siapa diorang semua ni?" soal Elizabeth Foxe.

"Kawan-kawan aku. Mana Emy?" kata Arif Hakimi mendekati mereka berdua.

"Sini!" celah Zulhilmi mengangkat tangannya.

Arif Hakimi memandang bekas pelajar DSB itu. "Bukan kau. Maksud aku, Emy Zulkifli."

Zulhilmi mengeluh kecil. "Tapi, orang lain pun panggil aku Emy."

"Hmm... dia keluar sekejap dengan adik dia," jawab Elizabeth Foxe.

"Mak ayah pula?" tanya Arif Hakimi lagi.

"Diorang dekat dalam."

Baru sahaja hendak memasuki rumah, Arif Hakimi dihalang isterinya. Jelas sekali Nurul Izzati masih geram dengan suaminya.

"Jangan nak dekat dengan keluarga aku," kata Nurul Fadzelin memberi amaran.

Arif Hakimi mengeluh, tanda mengalah. Elizabeth Foxe melihat mereka berdua menjadi dingin.

"Ada apa-apa terjadi ke?" soal Elizabeth Foxe, hairan.

Nurul Fadzelin menggeleng. "Tak ada apa."

Lantas, dia memasuki rumah bersama Syarifah Izzati. Samantha Lee turut memasuki rumah besar di Beverly Hills itu. Elizabeth Foxe memandang mereka yang lain.

"Yang lain boleh masuk. Bahaya dekat luar sekarang ni," pelawa Elizabeth Foxe, mesra.

Maka, mereka yang lain beransur-ansur memasuki rumah agam itu. Hanya Arif Hakimi dan Aisyah Maisarah yang tidak memasuki rumah itu.

"Korang tak nak masuk ke?" kata Elizabeth Foxe, hairan.

"Tak apa. Aku nak naik basikal," kata Arif Hakimi.

"Alright, then." Elizabeth Foxe kembali memasuki rumah.

"Ah, shit. Here we go again. " Arif Hakimi berjalan mendekati basikal BMX yang terletak di luar garaj.

Basikal BMX merah dicapai lalu ditunggang ke half-pipe ramp yang tersedia di laman rumah. Aisyah Maisarah melihat lelaki itu menunjukkan kemahiran BMX.

Tidak lama kemudian, sebuah kereta mewah dipandu masuk ke laman rumah itu. Kereta buatan Jerman itu berhenti di hadapan pintu garaj. Emy Zulkifli bergerak turun dari keretanya lalu mendekati sepupunya itu.

"Heyyy, cousin! Let's go bowling!" kata Emy Zulkifli, ala-ala Roman Bellic.

Arif Hakimi berhenti menunggang basikal lalu memandang sepupunya itu. Dia mengeluh kecil. Sudah berapa kali entah dia mengajak dirinya keluar bermain boling, tetapi dia tetap menolaknya.

~Throwback Hipsteria is Coming Back~

All-InWhere stories live. Discover now