BAB 5

58 10 24
                                    

Kuala Lumpur, Malaysia

Pagi yang indah memulakan hari baru untuk Aminah Safawiyah di Universiti Kuala Lumpur (UniKL). Sepanjang pagi itu dia mendengar taklimat dari para pensyarah dan mahasiswa di dewan. Di situ, dia mendapat kawan baharu.

Petang itu, Aminah Safawiyah selamat tiba di rumah sewa. Kereta Perodua Axia berhenti di anjung rumah.

"Haih, diorang bagi taklimat ke ceramah tadi tu?" rungut Sabrina, penat memandu.

"Entahlah nak." Sakinah hanya menggulingkan matanya di kusyen belakang.

"Korang pergilah masuk ke dalam rumah tu. Aku nak duduk sini sekejap," kata Aminah Safawiyah.

"Nak bergayutlah tu," kata Sabrina.

"Jomlah masuk," ajak Sakinah.

Dua remaja itu bergerak turun dari kereta lalu memasuki rumah.

Aminah Safawiyah menghubungi teman lelakinya yang tidak lain tidak bukan Luthman Harith. "Helo, sayang!"

"Hai, sayang. Buat apa tu?" balas Luthman Harith.

"Oh, baru balik U. Awak buat apa?"

"Tengah baiki kereta ni." Kedengaran bunyi orang bersorak dari telefon jelas didengar.

"Kenapa ada orang bersorak kat situ? Awak tengah berlawan ke?" Aminah Safawiyah kehairanan.

"Eh, taklah. Tengah tengok bola. TV pasang dekat luar ni."

Barulah Aminah Safawiyah faham.

Dbush!

"Aduh!" keluh Luthman Harith tiba-tiba seperti ditumbuk.

"Kenapa tu?" Aminah Safawiyah kehairanan.

"Zizul ni haa... tumbuk aku."

Aminah Safawiyah tertawa kecil. "Tumbuklah dia balik. Cakap Minah suruh."

"Okey."

"Nanti Minah share location rumah sewa Minah. Okey? Bye."

Dapat juga Aminah Safawiyah lepaskan rindu.

Sebenarnya, Luthman Harith tengah berlawan, bukan membaiki kereta mahupun melayan bola sepak. Sempat juga dia menelefon Aminah Safawiyah di tengah arena itu. Telefon disimpan.

"Ambil ni!" Kata seorang lawannya yang bertubuh besar.

Luthman Harith mengelak serangan, menunduk lalu menumbuk kemaluan lawannya. Riak senak jelas terpapar pada wajah si lawan. Lawannya rebah serta-merta. Samantha Lee muncul sebagai pengadil.

"Satu... Dua... Tiga!" Lantas Samantha Lee mengangkat tangan Luthman Harith selaku pemenang.

Duit taruhan diberikan kepada Azizul Rahman yang menonton perlawanan itu tadi. Dia memungut untung ribuan ringgit. Luthman Harith dan Samantha Lee mendekati remaja itu.

" Hang dan lagi noh jawab call Minah? " kata Azizul Rahman berloghat Kedah.

Dbush! Satu tumbukan menghinggap ke pipi Azizul Rahman.

"Aduh! Pasaipa hang ni?" Azizul Rahman kebingungan.

"Minah suruh," jawab Luthman Harith selamba.

Samantha Lee tertawa dengan gelagat dua sahabat itu.

"Sam, aku guna trak boleh?" kata Luthman Harith kepada Samantha Lee.

"Pergilah. Nak 'date' dengan Zizul ni," balas Samantha Lee tersenyum.

All-InWhere stories live. Discover now