GAME OVER (A): BAB 2

9 3 0
                                    

Pintu dibuka dari dalam. Kelihatan Azizul Rahman dan Samantha Lee sedang berasmara di ruang tamu.

"Amboi, sedap korang berdua buat dekat sini eh," sindir Ilyana Zhamuri.

Gelabah terus mereka berdua.

"Hoi, kot ya pun. Bagilah salam dulu," kata Samantha Lee naik merah muka.

"Aku ateis," balas Ilyana Zhamuri, selamba.

Luthman Harith memasuki rumah dengan luka tembakan pada badan.

"Man, apa jadi tadi?" kata Azizul Rahman melihat luka pada kawannya.

Luthman Harith bersandar pada Ilyana Zhamuri mahu dibimbing. Dia lemah.

"Mana Minah?" soalnya.

"Dia... Dia lari," kata Azizul Rahman, resah.

"Kitorang cuba nak halang, tapi dia degil. Cuba kau call dia," kata Samantha Lee.

Luthman Harith mengeluh kecil. Dia memandang Ilyana Zhamuri.

"Bawa aku ke bilik," pinta Luthman Harith, lemah.

Ilyana Zhamuri membimbing Luthman Harith ke bilik. Pasangan tunang itu melibat sahaja nasib Luthman Harith. Sudahlah Aminah Safawiyah melarikan diri. Luthman Harith pula tercedera.

Susuk Luthman Harith diletakkan ke atas tilam.

"Kau rehatlah. Aku rawat kau," pinta Ilyana Zhamuri.

"Aminah... Aku kena cari dia," kata Luthman Harith, lemah.

"Kau jangan degil boleh, tak? Tengok dulu keadaan diri sendiri tu."

Luthman Harith cuba bangun, tetapi dihalang juga.

"Kau duduk situ. Jangan nak gerak ke mana-mana. Apapun, kau call je la dia tu," kata Ilyana Zhamuri.

Lelaki itu mengalah. Telefonnya dikeluarkan dari poket seluar. Sementara dia menghubungi Aminah Safawiyah, Ilyana Zhamuri sediakan kotak kecemasan untuknya.

"Helo, Minah. Dekat mana ni?" ujar Luthman Harith sebaik panggilannya dijawab.

"Kau cedera, kan? Aku dah nasihat, tak nak dengar. Sudah la. Janganlah cari aku lagi. Aku dengan Qamar selamat je," balas Aminah Safawiyah, dingin.

"Qamar?"

"Anak aku ni la. Jangan cari aku dah. Selamat tinggal."

Terus panggilan dimatikan begitu sahaja. Luthman Harith bermasam muka. Sakitnya hati dengan karenah kekasihnya.

"Macam mana? Dia kata apa-apa, tak?" soal Ilyana Zhamuri.

"Dia selamat je sekarang ni. Dia tak nak aku cari dia," jawab Luthman Harith, kecewa.

"Bagi dia masa dulu."

Luthman Harith senyap. Ilyana Zhamuri menanggalkan baju Luthman Harith. Dia melihat tompok-tompok darah pada badannya. Mujurlah dua sahaja peluru di dalam badan Luthman Harith. Sebutir di dada kiri dan sebutir lagi pinggang kanan. Kapas diberikan kepadanya.

"Gigit kalau dah sedia," kata Ilyana Zhamuri.

Luthman Harith menggigit kapas itu, bersedia untuk dirawat. Ilyana Zhamuri mengambil penyepit kecil dari kotak kecemasan.

"Jangan banyak bergerak."

Baru sahaja mengeluarkan sebutir peluru dari badan, erangan dahsyat jelas kedengaran. Samantha Lee dan Azizul Rahman yang asyik mencuba baju pengantin, terkejut beruk mendengar raungan garau itu.

***

Seusai merawat Luthman Harith, mereka berjalan turun ke bawah. Kelihatan pasangan bakal kahwin memakai baju pengantin.

All-InWhere stories live. Discover now