Pin! Pin!
Hon kereta menarik perhatian mereka di dalam rumah. Arif Hakimi berjalan keluar dari rumah sambil memegang selaras senapangnya. Dia melihat trak Pajero dan kereta 370Z itu.
"Abah, Harith dah balik," kata Luthman Harith sebaik keluar dari trak.
"Oh, Harith. Masuklah." Arif Hakimi membuka pagar rumahnya.
Oleh kerana anjung rumah tidak muat dengan tiga kereta, mereka meletakkan kenderaan di luar pagar. Masing-masing bergerak ke dalam rumah.
"Nana!" panggil Luthman Harith mendekati Aina Farhana, adik angkatnya yang muncul di muka pintu.
Aina Farhana, kanak-kanak enam tahun itu didukung oleh si abang. Nurul Fadzelin yang terdengar suara mereka dari dapur, terus berjalan ke ruang tamu. Dia melihat kepulangan anaknya.
"Harith. Oh, semua ada dekat sini. Duduklah dulu. Kita tunggu Faiz datang," pelawa Nurul Fadzelin memandang mereka yang baru tiba.
"Okey, mak cik," balas Aminah Safawiyah, ceria.
Mereka yang lain melabuhkan punggung di kusyen. Luthman Harith dan Azizul Rahman hanya berdiri. Iman Shamimi muncul lalu terserempak dengan mereka. Dia mula bercelaru.
"Err... siapa ni, abang?" kata Iman Shamimi, ragu-ragu.
"Kawan-kawan abang. Harith ni anak angkat abang," terang Arif Hakimi kepada adik bongsunya.
Arif Hakimi memandang mereka yang lain. "Yang lain, memperkenalkan Mimi, adik saya."
Azizul Rahman melihat wanita bertudung labuh itu. Cantik tidak dinafikan.
"Single lagi ke?" soal Azizul Rahman.
Samantha Lee yang mendengar pertanyaan itu terus menumbuk bahu Azizul Rahman, terasa cemburu.
"Aduh, sakitlah!" Azizul Rahman mengeluh kasar.
"Aku... duduk dekat luar kejap," kata Samantha Lee meminta diri.
Wanita kacukan Amerika-Cina itu berjalan keluar dari rumah. Sebatang rokok dikeluarkan lalu diletakkan ke mulut. Hujung rokok dinyalakan. Wanita itu menghisap rokok tembakau itu.
"Serabutlah dengan Zizul ni," omel Samantha Lee, kecewa.
Matanya tertumpu pada sebuah motosikal yang ditunggang masuk ke anjung rumah. Penunggang motosikal berkuasa tinggi itu menanggalkan helmetnya. Faiz Azzudin melihat Samantha Lee berada di situ.
"Awal sampai," tegur Faiz Azzudin.
"Baru je sampai. Masuklah. Diorang tunggu dekat dalam," kata Samantha Lee.
Erisha Carma yang didukung Aisyah Maisarah terus diberikan kepada Faiz Azzudin.
"Abang masuklah dulu. Nanti, Syah menyusul," pinta Aisyah Maisarah enggan memasuki rumah itu.
Faiz Azzudin mengeluh kecil, sudah masak perangai isterinya. "Yelah."
Aisyah Maisarah melihat suaminya memasuki rumah banglo itu. Dia mengeluh kecil.
"Kenapa nak ajak minah tu pula?" monolog Aisyah Maisarah, geram.
Samantha Lee yang mendengar omelan itu hanya mampu meggumam.
"Korang ni memang tak ada tembok persahabatan," kata Samantha Lee, sinis.
Aisyah Maisarah memandang Samantha Lee dengan muka pucatnya. "Nani?"
"Aku tak fahamlah dengan korang ni. Sorang anti-otaku. Sorang lagi anti-kpopper. Jangan jadi rasis sangat boleh tak? Korang dah ahli keluarga tau. Takkan nak bergaduh lagi?" kata Samantha Lee membebel.
YOU ARE READING
All-In
AdventureMy timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •Hipsteria 2 •Coming Back (CB): I'm Back •Penulis Malam (PM) •Tundukkan Tiga Tuxedo (3T) 2019 •Penulis Malam 2 (PM2) •Split Love (SL) •Hipster...