ADVENTURE BEGINS: BAB 5

38 10 43
                                    

Matahari naik dengan tingginya ke langit. Mata dicelik perlahan-lahan. Tubuh bergerak bangun dari perbaringan. Tangan menggosok matanya. Badan diregang hingga meletup bunyi sendi.

"Arh! Aduh!" Farah Yasmine memegang belakang badannya.

Wanita itu bergerak turun dari katil lalu berjalan ke cermin di meja solek. Dia melihat wajahnya dengan muka mamai. Anak matanya terbeliak seakan-akan mahu terkeluar. Nafas ditarik dalam-dalam.

Seperti dijangka, jeritan menguasai rumah itu pada pagi yang indah itu. Burung-burung yang menghinggap bumbung rumah terus berterbangan dek jeritan itu.

Selamba Alif Najmi menghirup teh panas di dapur sambil membaca surat khabar.

"Jadi, itulah isyaratnya," kata Zafina Shahirah, selamba memotong sayuran di dapur.

"Ya," balas Alif Najmi menyelak surat khabar Inggeris.

Hentakan kaki dapat didengari. Farah Yasmine bergerak turun ke tingkat bawah, meluru ke dapur. Langkahnya terhenti sebaik melihat Alif Najmi berada di situ.

"Bila... Bila kau datang sini?" soal Farah Yasmine.

"Awal lagi tadi," jawab Alif Najmi tanpa sebarang reaksi.

"Jadi... muka ni..." Farah Yasmine menuding jari ke mukanya yang disolek ala-ala Joker.

"Aku yang buat."

Kening Farah Yasmine tergerak-gerak. Rambutnya diramas kasar. Mimpi ngerinya sudah bermula.

"Aku benci hidup ni," keluh Farah Yasmine menutup mukanya.

"Dia tak pernah berubah dari dulu lagi," kata Alif Najmi melihat gelagat Farah Yasmine.

"Memang pun," sokong Zafina Shahirah.

Isma Fatieha bergerak turun dari tangga. Mulutnya yang menguap, ditutup seketika. Matanya mamai melihat sekeliling.

"Apa bising-bising ni?" katanya sebaik memasuki dapur.

Mereka yang berada di dapur, memandang Isma Fatieha.

"Tak ada apa-apa," kata Alif Najmi.

Tiba-tiba, satu tikaman menusuk dari belakang tubuh Isma Fatieha. Wanita itu terkejut lantas menoleh ke belakang. Kelihatan Aliya Syakira mencuit belakang badannya dengan jari, bukan menikam. Aliya Shakira hanya tersenyum.

"Selamat pagi!" ucap Aliya Syakira dengan senyumannya.

Aliya Syakira berjalan masuk ke dapur dengan riangnya. Isma Fatieha terpinga-pinga dengan kejadian tadi. Badannya disentuh. Tiada apa-apa tikaman pun di badannya. Semua tadi itu hanyalah ilusi.

"Nah, akak," kata Aliya Syakira menghulurkan beg berisi bahan memasak.

Zafina Shahirah mengambil barangan itu. "Thanks."

"Aliya, duduk sebelah abang ni," kata Alif Najmi meletakkan tangan di sebelahnya.

Aliya Syakira mendekati lelaki itu lalu melabuhkan punggungnya di kerusi kayu sebelah abang angkatnya. Alif Najmi memandang Isma Fatieha.

"Isma." Alif Najmi memanggil wanita itu.

Wanita itu bengang seketika lalu memandang lelaki itu. "Y... Ya."

"Marilah sarapan," ajak Alif Najmi.

Isma Fatieha menghampiri lelakinya lalu duduk di bahagian hujung meja, sebelah Alif Najmi.

"Okey, sarapan dah siap!" Zafina Shahirah meletakkan sarapan roti dan telur goreng ke atas meja.

Farah Yasmine melabuhkan punggung menghadap Aliya Syakira. Zafina Shahirah pula duduk menghadap Alif Najmi.

All-InWhere stories live. Discover now