Suasana sunyi di ibu kota setelah berlaku letupan nuklear dari negara matahari terbit beberapa hari yang lalu. Radiasi letupan dibawa arus ke seluruh dunia menerusi udara. Kini, radiasi letupan sudah lenyap dari udara tetapi memberi kesan terhadap kehidupan. Kesannya tiada seorangpun berjalan-jalan di luar rumah pada siang hari seperti sebelum ini kecuali makhluk-makhluk yang masih terselamat dari radiasi itu.
"Semua ready?" soal Luthman Harith memegang sniper Dragonouv.
Aminah Safawiyah meneropong sasaran. "Sasaran negatif bukan jangkitan. Jam 12. Arah timur."
Azizul Rahman bersedia mengikat sasaran dengan tali untuk dibawa ke rumah. "Tali dah ready!"
Tiga sahabat itu berlindung di sebalik trak Mitsubishi Pajero yang sudah diubahsuai mengikut raid spec milik Luthman Harith.
"Bagus!" kata Luthman Harith bersedia lalu membidik sniper Dragonouv ke arah sasaran.
Luthman Harith melihat seekor rusa memakan rumput liar yang tumbuh di tengah kota raya.
"Angin tiup arah utara. Tunggu isyarat aku," pesan Aminah Safawiyah.
Aminah Safawiyah melihat bendera dikibar mengikut arus angin. Sebaik bendera dikibar menuju ke timur, dia terus berkata, "Tembak!"
Bang!
Burung-burung berterbangan dek bunyi tembakan yang kuat itu. Rusa yang sesat itu mati ditembak dari jarak jauh.
"Target's down," kata Aminah Safawiyah.
"Yeay! Winner winner chicken dinner!" sorak tiga sahabat itu.
"Yuri, pergi," arah Aminah Safawiyah kepada anjing jenis German Shepherd jagaannya, Yuri.
"Woof!" salak Yuri.
Yuri bergerak pergi ke arah bangkai rusa tadi. Dia menghidu lalu menyalak.
"Woof!... Woof!"
"Semua clear!" balas Aminah Safawiyah memahami isyarat salakan anjing itu.
"Bagus! Jom ikat rusa tu," kata Luthman Harith berdiri lalu menyandang sniper.
"Camna hang tau bahasa anjing ni?" soal Azizul Rahman kepada Aminah Safawiyah, tidak lupa daratan untuk berdialek Kedah.
"Aku sendiri ajar dia... dan aku pun cuba faham bahasa dia. Kalau 'Woof!', bermaksud 'Ya, tuan/puan.'. Kalau 'Woof!... Woof!', bermaksud 'Semuanya okey.'. Kalau 'Woof! Woof!', bermaksud 'Hati-hati!'. Kalau 'Woof! Woof! Woof!' bermaksud 'Bahaya!'," terang Aminah Safawiyah.
Azizul Rahman memahami penjelasan itu. Mereka bertiga mendekati bangkai rusa segar itu. Giliran Azizul Rahman menjalankan tugasnya. Dia mengikat rusa itu dengan bantuan Luthman Harith. Yuri dibelai lembut Aminah Safawiyah.
"Okey, jom gerak!" kata Luthman Harith.
Rusa disumbat masuk ke dalam bonet trak. Mereka bertiga bergerak pergi dari situ dengan habuan. Tidak lupa juga dengan Yuri.
***
Rusa dicampak ke atas lantai rumah Luthman Harith yang dahulunya rumah milik Arif Hakimi, bapa angkatnya.
"Okey, hari ni, kita masak macam biasalah," kata Luthman Harith mengeluarkan pisau pemotong.
"Apa-apalah, Man. Hang ketua kami," kata Azizul Rahman.
"Okey."
Dua lelaki itu menjalankan tugas penyembelihan. Aminah Safawiyah menutup semua pintu dan tingkap. Pagar bertombak sudah lama dipasang di sekeliling kawasan rumah bagi mengelak serangan yang mengerikan. Yuri sedia menjaga kawasan rumah bujang itu. Gadis 18 tahun itu melihat matahari makin terbenam ke bumi lalu menutup tingkap kayu yang terakhir. Dia meluru ke bilik mandi.
YOU ARE READING
All-In
AdventureMy timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •Hipsteria 2 •Coming Back (CB): I'm Back •Penulis Malam (PM) •Tundukkan Tiga Tuxedo (3T) 2019 •Penulis Malam 2 (PM2) •Split Love (SL) •Hipster...