BAB 12

60 8 34
                                    

Dua hari kemudian...

Kuala Lumpur, Malaysia

Trak Pajero dinaiki tiga sahabat. Segala kelengkapan sudah disediakan. Enjin trak dihidupkan.

"Okey, kita gerak," arah Luthman Harith.

Azizul Rahman dengan sukacitanya memandu trak pergi dari tempat tinggal mereka.

"Kita singgah dekat bengkel Sam dulu. Rasanya, enjin trak ni ada kurang sesuatu," pinta Azizul Rahman sambil memandu trak.

Aminah Safawiyah hanya berdiam di kusyen belakang. Senyumannya lebar sepuas-puasnya sebaik memikirkan tentang semalam. Azizul Rahman melirik matanya ke arah gadis itu menerusi cermin pandang belakang.

"Apa senyum-senyum tu? Sukalah tu semalam korang berdua..." kata Azizul Rahman, selamba.

Satu tumbukan mengenai bahu Azizul Rahman. Lelaki itu mengaduh kecil. Pandangannya ditoleh ke arah Luthman Harith yang berwajah dingin lalu kembali memandang hadapan.

Keluhan dari Luthman Harith dilepaskan. "Abah aku cakap, abang Faiz akan ikut kita sekali dengan kak Shah."

"Baguslah tu, tapi..." kata Azizul Rahman, sedikit hairan.

Luthman Harith menoleh muka ke arah kawannya.

"...kita nak ke mana lepas tu?" soal Azizul Rahman ingin kepastian.

"Bangkok la. Kita nak jumpa mama aku, kan?" celah Aminah Safawiyah.

"Lepas tu?"

"Amerika. Kita kena reunion balik dengan abang Amy tu," jawab Luthman Harith, serius.

***

Samantha Lee membaiki kereta lamanya. Minyak hitam, gris dan kesan tayar habis comotkan seluruh pakaian janda itu.

Pin! Pin!

Pandangan dibuang ke arah trak tersebut. Tiga sahabat itu memasuki bengkel itu.

"Kereta siapa ni?" soal Azizul Rahman melihat Nissan 370Z yang masih elok.

"Kereta pertama aku. Aku cuma buang bahagian asal dan tukar dengan 370Z. Lepas tu, aku ubahsuai enjin dan transmisi," terang Samantha Lee mencekak pinggang.

"Nice."

"Hei," panggil Samantha Lee kepada Azizul Rahman.

Azizul Rahman memandang janda itu lalu menangkap kunci kereta yang dilontar tiba-tiba.

"Kau bawa." Samantha Lee menaiki keretanya tanpa banyak kata.

Azizul Rahman terpinga-pinga seketika. Bahunya ditepuk dari belakang.

"Uuu... bawa buah hati rupanya," usik Luthman Harith tersengih.

"Diamlah," kata Azizul Rahman, geram.

Luthman Harith menolak kawannya ke arah kereta jalanan itu. "Masuklah. Aku gerak dulu. Ambil masa."

Azizul Rahman dipaksa menaiki kereta. Luthman Harith terus beredar keluar dari bengkel itu bersama Aminah Safawiyah.

"Kita gerak dulu. Bagi diorang masa sikit," ujar Luthman Harith.

"Oh, okey," balas Aminah Safawiyah, janggal.

Sebaik mereka berdua bergerak pergi, Azizul Rahman hanya berdiam, duduk di sisi Samantha Lee.

"Sampai hati korang buat macam ni," rintih Azizul Rahman.

All-InWhere stories live. Discover now