London, England, United Kingdom
Farah Yasmine berjalan keluar dari stesen keretapi bawah tanah bersama Danial Nabil. Zafina Shahira setia menunggu mereka di luar stesen kereta api.
"Zafina!" seru Farah Yasmine mendekati rakan sekelasnya dulu.
"Yasmine!" panggil Zafina Shahira menghampiri rakannya.
Dua gadis itu berpelukan melepaskan rindu. Danial Nabil melihat dua rakan itu berpelukan.
"Eh, Cikgu Danial," kata Zafina Shahira melihat Danial Nabil berdiri.
"Ya, saya. Boleh kita pergi?" kata Danial Nabil, dingin.
Dua gadis itu melepaskan dakapan rindu.
"Boleh!" balas Zafina Shahira.
Maka, mereka berdua bergerak ke Lake District. Kereta klasik dipandu menerusi jalan luar bandar itu. Farah Yasmine merasai udara nyaman itu.
"Sebenarnya, apa yang berlaku sampai korang ke sini?" kata Zafina Shahira bersoal.
"Dunia sekarang dilanda wabak zombi. Puncanya dari serangan nuklear di Siberia. Cikgu yakin, satu dunia akan hadap wabak ni termasuk UK dan USA," terang Danial Nabil.
"Okey. Sementara kita bersiap ke Amerika, tinggal dulu dekat rumah saya."
"Kau ada rumah?"
"Ada."
Kereta dipandu mendekati sebuah banglo mewah yang terletak di tengah padang rumput.
"Situ... rumah aku," kata Zafina Shahira memandu.
"Wah, cantiknya," puji Farah Yasmine kagum.
Kereta dipandu memasuki anjung rumah banglo. Mereka bertiga bergerak turun dari kereta. Danial Nabil yang mendengar radio menerusi fon telinganya.
"Berita buruk. Thailand dan Malaysia dah diserang wabak tu," kata Danial Nabil.
"Eh! Lajunya wabak ni gerak!" kata Farah Yasmine terkejut.
"Sekarang ni, cikgu tak tahu apa akan terjadi dekat Nira tu."
"Nira? Maksud cikgu, Cikgu Neraka ke? Lama tak dengar khabarnya," kata Zafina Shahira tersenyum nakal.
"Apa? Kitorang dah kahwin."
"Wah! Cikgu tak bagitau pun!" kata Zafina Shahira kagum.
"Dah terbukti... cikgu suka buah dada besar," kata Farah Yasmine berwajah dingin.
***
Bangkok, ThailandArasy Rayyan mencelikkan matanya lalu melihat sayap putih di depannya.
"Sayap?" kata Arasy Rayyan kehairanan.
Farah Natasha memandang lelaki itu, terkejut. "Eh, nanti!"
Arasy Rayyan bangun dari baring. Kesakitan pada badan dapat dirasai. "Aduh!"
"Jangan banyak bergerak! Awak belum sembuh lagi." Farah Natasha membimbing lelaki itu untuk duduk.
"Awak ada sayap? Siapa awak sebenarnya?"
"Ermm... Saya Farah Natasha, pengawal peribadi Faiz Azzudin. Disebabkan Faiz dah ada Aisyah, saya hidup merempat, tak ada hala tuju. Tapi... saya selalu perhatikan dia dari jauh. Saya tengok dia sekarang lebih bahagia dengan si Aisyah, sepupu sendiri pula tu. Saya cintakan dia sebenarnya."
"Siapa Faiz ni? Apa kaitan awak dengan dia?"
"Saya ni penjaga dia, tapi... dia dah berpunya. Jadi, saya ambil keputusan untuk meneroka dunia dan mulakan hidup baru."
YOU ARE READING
All-In
AdventureMy timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •Hipsteria 2 •Coming Back (CB): I'm Back •Penulis Malam (PM) •Tundukkan Tiga Tuxedo (3T) 2019 •Penulis Malam 2 (PM2) •Split Love (SL) •Hipster...