FANTASY EXPLORER: BAB 8

50 8 63
                                    

"Bunyi apa tu?" Itulah persoalan yang bermain di fikiran mereka.

Satu cahaya muncul dari satu arah. Sebuah kereta api muncul dengan rentak lagu yang deras.

"Aneh. Kereta api elektrik boleh bergerak waktu tak ada elektrik?" Ice Serra kehairanan.

"Siap pasang lagu kuat pula tu," tambah Hanazono Suzuki turut bingung.

"Oh, tu kuasa dari saya," celah Fatin Sumaiyah yang mempunyai kuasa tenaga muzik.

Baru mereka memahami. "Oh, begitu."

"Jomlah naik!" kata Fatin Sumaiyah melangkah masuk ke dalam kereta api itu.

Mereka yang lain turut menaiki kereta api bawah tanah itu. Pintu tren ditutup semula. Fatin Sumaiyah berdiri di bahagian kepala tren bawah tanah itu. Dia memetik, munculkan turntable di depannya. Begitu juga fon kepala.

"Okay. Let's go!" Fatin Sumaiyah bersemangat.

Tangannya terus memutarkan turntable seperti disc-jockey, DJ. Lagu rock 60an di'remix'kan.

Tren bergerak ke hadapan. Amy Cliff yang mendengar lagu tersebut segera berubah menjadi manusia biasa.

"Kenapa pasang lagu remix ni?" jerit Amy Cliff, geram.

"Chill. Relax," kata Fatin Sumaiyah, tenang.

Bukan apa. Amy Cliff sememangnya benci terhadap lagu rock. Inikan pula lagu rock yang diremix. Dia terus menutup telinganya.

"Abang tak sukalah!" jerit Amy Cliff, geram.

Fatin Sumaiyah mengeluh kecil. "Yela... adik tukar."

"WHYYYYYYY!!!!!????" jerit Amy Cliff tidak dapat terima hakikat.

***
Greenfield Village, Creepy World

Bilik bawah tanah menjadi tempat perbincangan mereka. Senjata-senjata tajam sudah diletakkan di meja.

"Ini sahaja yang aku ada. Pilihlah," kata Aya mencekak pinggangnya.

Masing-masing mengambil senjata tajam di situ. Horizon mengambil sarung tangan yang berhujungkan pisau tajam bak Wolverine.

"Nice..." Horizon kagum.

Yūki Taiga memandang sekeliling. Dia baru sedar kehilangan sesuatu.

"Err... Mana Suzuki?" tanya Yūki Taiga, hairan.

Mereka saling memandang.

"Musang pun tak ada dekat sini," kata Zafina Sierra baru sedar.

"Diorang pergi mana?" Ferra Jasmine tertanya-tanya.

***
Metrolantis, Creepy World

Kelihatan stesen yang tergendala dek ketiadaan elektrik di Metropolis Bloodz, ditutup buat sementara waktu. Kereta api yang bergerak menggunakan tenaga muzik, berhenti jua di stesen. Mereka yang lain berjalan keluar dari perut tren sebaik pintu dibuka. Mereka menjejakkan kaki ke platform.

All-InWhere stories live. Discover now