ADVENTURE BEGINS: BAB 2

39 6 32
                                    

Situasi menjadi janggal seketika di antara dua pihak; Tundukkan Tiga Tuxedo dan Kelas DSB.

"Err... korang dari mana ke mana?" soal Iskandar bagi meleraikan kejanggalan itu.

"Dari Jitra ke Bangkok," jawab Arif Hakimi.

"Kebetulan. Kami pun nak ke sana," terang Immanuel sambil mengunyah roti.

"Macam ni la. Kita gerak bersama. Tak kira gerak awal atau lambat, kita tetap redah malam. Yang aku tahu, 'diorang' bukan benda biasa," cadang Ilman Faiz, rasional.

"Okey, setuju," kata Arif Hakimi menggangguk.

Dua ketua gerakan itu bersalam, tanda setuju.

***
Los Angeles, Amerika Syarikat

Seperti biasa waktu malam di tengah kotaraya, ada sahaja jenayah berlaku. Negara Amerika satu-satunya negara yang belum dijangkiti zombi lagi. Malam yang sunyi dibanjiri kenderaan. Dua buah kereta berderum laju. Fatin Sumaiyah hanya duduk tenang di sebelah pemandu kereta Aston Martin Vanquish S Volante versi jalanan itu sambil melayan lagu EDM dari radio.

"Dengar cerita, negara Timur dah kena virus zombi," kata Fatin Sumaiyah memandang abangnya.

"Baru nak tahu ke? Dah berapa hari benda tu jadi. Dekat sini saja yang belum kena," kata Emy Zulkifli sambil memandu.

"Manalah adik tahu."

"Itulah. Layan lagu lagi."

Fatin Sumaiyah mencebik. "Yela."

Muncul di satu selekoh di simpang, Emy Zulkifli membelok rapat, hampir mengenai tiang lampu isyarat. Sayangnya, pesaingnya yang memandu Nissan GT-R, membuat aksi drift dengan laju sekali. Sekaligus, memintas mereka berdua. Emy Zulkifli mengeluh.

"Itulah. Sembang dengan adik lagi," usik Fatin Sumaiyah dengan tawa kecil.

Emy Zulkifli menggulingkan matanya. Kereta Nissan GT-R versi litar itu melepasi garis penamat. Si pemandu bergerak turun dari keretanya. Emy Zulkifli berhenti di sebelahnya.

"Sayang menang. Mana ganjarannya?" kata Elizabeth Foxe yang baru memenangi perlumbaan jalanan itu.

Emy Zulkifli mengeluh kecil lalu bergerak turun dari kereta. Dia berdiri menghadap isterinya itu. Matanya direnung ke anak mata wanita itu.

"Cepatlah," kata Elizabeth Foxe menyentuh bibirnya sendiri, bersedia untuk dicumbu.

Emy Zulkifli memandang adiknya. "Budak-budak tak boleh tengok."

Fatin Sumaiyah berpaling muka dengan senyuman. "Yelah."

***
Khabarovsk, Rusia

Aliya Syakira hanya berbaring di kusyen belakang sambil bermain telefon. Isma Fatieha pula berdiam sahaja dari tadi.

"Abang," panggil Aliya Syakira memecahkan keheningan.

Alif Najmi berdiam seketika, dingin. "Apa?"

Aliya Syakira menukar posisi ke duduk. Tangannya memegang bahu kedua-dua kusyen depan. Dia memandang dua wajah di depannya.

"Kita dekat mana?" soal Aliya Syakira bersahaja.

Alif off
Farid on
Musang off
Hoshiko off
Najmi off

Mata Alif Najmi tertumpu pada jalan. Sekali-sekali matanya melirik ke papan tanda yang bertulisan Rusia.

"Khabarovsk," jawab Alif Najmi, mudah.

All-InWhere stories live. Discover now