Istanbul, Turki
Trak dipandu laju menerusi kotaraya islamik itu. Sebuah jambatan yang menghubungkan dua benua; Benua Asia dan Benua Eropah, dilalui mereka. Danial Nabil memandu dengan tenang sekali. Sekali-sekala dia menoleh ke arah Farah Yasmine, melihat gadis itu tidur dengan nyenyak sekali. Pandangan dibuang ke depan semula.
"Haih, ni mesti perjalanan yang jauh," kata Danial Nabil memandu.
Vroom! Enjin trak berderum laju melalui jambatan, memasuki Benua Eropah.
***
London, England, United KingdomBurung-burung berkicauan pada tenga hari itu. Zafina Shahira berjalan-jalan di sekitar kotaraya yang aman sejahtera itu. Sedang asyik bermain telefon, Ruby muncul dalam skrin telefonnya.
"Zafina!" seru Ruby tiba-tiba.
"Eh, kau ni... buat terkejut je. Kenapa ni?" kata Zafina Shahira kehairanan.
"Farah Yasmine dan Cikgu Danial dalam perjalanan ke sini."
"Farah Yasmine dan Cikgu Danial? Dalam perjalanan ke sini? Nak buat apa?"
"Pasal wabak yang sedang berlaku sekarang ni. Fina pun kena sedia untuk hadap ni nanti."
"Wabak apa? Aku tak tahu pun pasal ni."
Segera, Ruby memaparkan peta dunia. Wabak zombi itu hampir memasuki Timur Eropah. Lokasi Farah Yasmine turut ditunjukkan.
"Wabak ni hampir dekat dengan negara Timur Eropah. Yasmine pula dah memasuki Istanbul dan dah masuk ke Eropah," terang Ruby.
"Yang lain macam mana?" soal Zafina Shahira.
"Masih di Malaysia, tapi Alif dalam perjalanan ke Hokkaido."
***
Iwaki, JepunKereta dipandu menerusi lebuhraya, menuju ke utara Jepun. Alif Najmi masih lagi memandu kereta dengan laratnya. Isma Fatieha sudah terlelap di sebelahnya. Tidak semana-mana, kepala gadis itu tersengguk ke bahu Alif Najmi, mengingatkan Alif Najmi kepada seseorang. Dia memandang gadis itu.
"Insyi..." monolog Alif Najmi, perlahan.
Kemudian, muncul pula sebuah memori hitam di kotak fikiran lelaki itu; kemalangan. Pandangan dibuang ke hadapan semula. Keluhan dilepaskan.
***
Kuala Lumpur, MalaysiaTrak Pajero berhenti di tidak jauh dari lapangan terbang. Ilyana Zhamuri dan adiknya bergerak turun dari trak tersebut dengan senjata raifal AKM.
"Okey, semoga berjaya!" ucap Samantha Lee.
Dua beradik Rusia itu melihat trak dipandu pergi. Mereka saling memandang.
"Okay. Let's go!" arah Ilyana Zhamuri.
Mereka berdua mendekati pagar yang tinggi itu. Jennie Zhamuri mengeluarkan penyembur khas lalu menyembur pagar itu menjadi bulatan. Ilyana Zhamuri mencabut sebahagian pagar itu. Mereka berdua memecah masuk ke dalam kawasan lapangan itu tanpa disedari sesiapa.
Sebuah stor penyimpanan kapal terbang dihampiri mereka. Dua beradik itu memasuki stor besar itu dari pintu belakang. Sebuah pesawat didekati mereka. Jennie Zhamuri terlebih dahulu menaiki pesawat itu. Pintu depan yang besar itu dibuka akhirnya. Siren berkumandang ketika pintu sedang membuka luas.
"Hei! Berhenti!" arah seorang pengawal yang muncul dari pintu belakang.
Ilyana Zhamuri menembak pengawal itu. Sementara Jennie Zhamuri cuba bersiap dengan kelengkapan pesawat itu, Ilyana Zhamuri bergerak keluar dari stor untuk 'melayan' para pengawal. Peperangan kecil berlaku di antara dua pengganas dan beberapa pengawal. Tembakan dilepaskan dengan tepat ke sasaran. Ilyana Zhamuri menyerang secara solo. Sebiji bom tangan dilontar ke arah pengawal.
YOU ARE READING
All-In
AdventureMy timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •Hipsteria 2 •Coming Back (CB): I'm Back •Penulis Malam (PM) •Tundukkan Tiga Tuxedo (3T) 2019 •Penulis Malam 2 (PM2) •Split Love (SL) •Hipster...