"Jadi, semua dah sedia?" kata Fred Star tersengih.
Mereka yang lain hanya berdiam seraya melihat lelaki tua itu berjalan dengan tongkat.
"Mudah sahaja peraturannya. Salah seorang daripada kamu kena jadi lembu korban. Yang selebihnya boleh teruskan perjalanan," tambah lelaki tua itu.
Horizon memandang rakan seperjuangan yang lain. Begitu juga mereka yang lain.
"Siapa..." kata Minatozaki, ragu-ragu.
"Tak apa," ujar satu suara.
Mereka memandang punca suara itu.
"Biar aku pergi." Ayano Hiruka merelakan diri.
Bahu wanita itu dipegang dari belakang.
"Jangan," celah Kai menghalang.
Ayano Hiruka memandang suaminya. "Ke... Kenapa?"
"Biar abang cincang dia tu. Sayang ni Pahlawan Tiga Serangkai. Jangan pergi macam tu."
"Tapi..." Ayano Hiruka ragu-ragu.
"Dengar cakap abang! Sayang pergi dulu dengan yang lain. Ada masa nanti kita berjumpa lagi." Senyuman dihadiahkan.
Ayano Hiruka terkesima dengan kata-kata itu. Satu dakapan diberikan. Kucupan manis mendarat di dahi isteri psikopat.
"Abang pergi dulu ya," pinta Kai tersengih.
Kai berjalan pergi ke arah lawannya. Mereka yang lain saling memandang.
"Kita kena pergi," kata Zafina Sierra bersuara.
Tidak semana-mana, lima wanita berlari masuk ke medan pertempuran.
"Eh, nanti!" Zafina Sierra terkejut dengan tindakan mereka.
"Kamu semua pergi dulu!" arah Ferradossa Anvell mengeluarkan pisau belati dan kuasa kilat.
"Nanti, kami kejar," kata Violet Alexander mengeluarkan rantai dari belakang badan.
"Sekurang-kurangnya, kami dapat perlahankan pergerakan mereka," kata Hoshiko Friday terbang dengan sayap bak pesawat.
Mereka yang lain hilang kata, hanya mampu mengikut arahan.
"Kita pergi dulu ke Greenfield Village. Nanti, kita bincang dengan Aya," terang Cikgu Wan.
"Aya? Perempuan tadi tu ke?" Kenny Spoon kehairanan.
Cikgu Wan memandang wanita itu. "Ya."
"Dah tu. Tunggu apa lagi?" Alane Admex mendesak.
Segera, mereka bergerak meninggalkan bandar itu. Cikgu Wan berubah menjadi harimau bengal lantas berlari pantas.
"Tunggulah kami, cikgu!" jerit Ferra Jasmine.
***
Kai berlari ke arah Fred Star dengan pedang besarnya.
"Makan ni!" Kai menerkam lelaki tua.
Fred Star hanya tersenyum, masih tercegat di situ. Dia menulis sesuatu di buku hitamnya.
Kai yang melompat tinggi untuk menerkam, tiba dipantul ke arah lain, seperti ada pelindung di sekeliling Fred Star. Lelaki itu terpelanting ke tanah.
"Aduh," keluh Kai bangkit berdiri.
"Abang!" teriak lima wanita yang muncul.
Kai melihat lima isterinya menghampirinya. Dahinya dikerut.
"Eh! Kenapa sayang semua datang sini? Sayang kena pergi!" tegas Kai kebingungan.
Ferradossa Anvell mencengkam kolar baju Kai dengan wajah geram. "Kau fikir kau boleh lawan seorang diri?"
YOU ARE READING
All-In
PrzygodoweMy timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •Hipsteria 2 •Coming Back (CB): I'm Back •Penulis Malam (PM) •Tundukkan Tiga Tuxedo (3T) 2019 •Penulis Malam 2 (PM2) •Split Love (SL) •Hipster...