GAME OVER (A): AFTERMATH

15 5 2
                                    

Setelah beberapa bulan kejadian itu berakhir, segala bermula dengan kisah baru. Samantha Lee terpaksa menampung hidupnya tanpa suami lagi.

"Sam, maafkan aku," ucap Luthman Harith.

"Berapa kali kau nak ulang ayat yang sama dekat aku?" balas Samantha Lee cuba terima kenyataan.

"Aku..."

"Sudahlah. Aku pasrah dengan semua ni."

Beg pakaian yang sudah siap membungkus barang peribadi, segera ditutup dengan zip.

"Sam..." Luthman Harith cuba menghalang.

"Aku nak balik ke KL. Kalau ada masa, aku pergi ke New York. Jangan cari aku dah," kata Samantha Lee, dingin.

Luthman Harith tidak mampu berbuat apa lagi. Dia melihat wanita itu berjalan keluar dari bilik dengan beg pakaian.

Perlahan-lahan, enjin kereta Nissan kedengaran. Kuat derumannya. Barangkali Samantha Lee memecut dengan emosi. Luthman Harith menjenguk ke jendela. Matanya tertumpu pada satu susuk yang amat dikenalinya.

"Man!" seru Aminah Safawiyah berdiri di depan pintu pagar rumah.

Luthman Harith tidak tahu apa perasaannya buat masa sekarang. Matanya melihat sahaja susuk wanita itu memasuki rumah.

"Man! Man!" Seruan Aminah Safawiyah semakin dekat.

Sedar-sedar sahaja, Aminah Safawiyah sudah berada di muka pintu bilik.

"Luthman Harith," panggil Aminah Safawiyah.

Lelaki itu memusingkan badannya, menghadap kekasihnya.

"Aku dengar Azizul... erm... Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku sebab tinggalkan korang. Kalau la aku dekat situ..." kata Aminah Safawiyah.

Luthman Harith berjalan mendekati wanita yang mendukung anaknya. "Itu ke kau nak cakap?"

Aminah Safawiyah hilang kata dengan personaliti kekasihnya yang berlainan.

"Man, kalau kau nak apa-apa, cakap je. Aku ada dekat sini," kata Aminah Safawiyah cuba tenangkan Luthman Harith.

Luthman Harith berjalan berselisih dengan Aminah Safawiyah sambil berkata, "Aku nak Azizul balik."

Senyap.

Luthman Harith lesap dari pandangan. Begitulah lelaki apabila kehilangan sahabat sejati.

"Aku pun nak Azizul balik juga," kata Aminah Safawiyah keseorangan.

Bam! Pintu dihentam kuat kedengaran.

Sudah pasti Luthman Harith kecewa dengan dirinya. Perlahan-lahan tangisan kanak-kanak hampir setahun kedengaran.

"Ya, nak. Ibu ada ni," kata Aminah Safawiyah tenangkan anaknya.

Makin kuat si kecil itu menangis. Apabila difikirkan balik, Aminah mendapat satu nama sesuai kepada anaknya.

"Azizul jangan menangis ya. Ibu ada ni. Nanti, ayah balik ke sini," kata Aminah Safawiyah mengukirkan senyuman kerang.

Sementara itu, Ilyana Zhamuri bersandar di bawah pokok berhampiran Tasik Darulaman. Luthman Harith mendekati wanita itu.

"Sam dah gerak ke KL ke?" kata Ilyana Zhamuri meneka.

"Ya," jawab Luthman Harith sepatah.

Ilyana Zhamuri mengeluh kecil. "Nampaknya, aku kena tengokkan dia."

"Kau pun sama?"

"Habis tu, apa lagi? Aku dengan dia je yang ada lepas kehilangan Jimmy."

Luthman Harith terdiam seketika.

All-InWhere stories live. Discover now