Mayat-mayat selamat dikebumikan di belakang kelas usang di puncak bukit itu dalam satu liang lahad.
"Tak sangka, masa berlalu dengan pantas," ujar Samantha Lee.
Ilyana Zhamuri mengeluarkan sebatang rokok dari kotak rokok dengan mulutnya. Hujung rokok dinyalakan dengan pemetik api. Rokok dihisap. Asap dikeluarkan. Kedengaran wanita Rusia itu mengeluh tanda kesal.
"Nak kata dia jahat, dia terlalu hebat. Nak kata dia baik, aku memang tabik. Dia bukannya hero, atau villain. Dia cuma orang biasa yang nak tolong orang lain... walaupun guna cara jahat," kata Ilyana Zhamuri.
Samantha Lee memandang kawannya itu. "Apa kau nak cakap dekat dia sebenarnya?"
"Nothing, and nothing to say right now. See ya later."
Ilyana Zhamuri berlalu pergi meninggalkan kawasan makam.
"Aku... tumpang simpati dekat korang semua," ujar Aisyah Maisarah berjalan mendekati mereka di situ.
Masing-masing memandang susuk wanita robotik itu.
"Eh, tak apa. Benda dah terjadi. Nak buat macam mana lagi," balas Aminah Safawiyah bersama senyumannya.
"Korang tak balik ke laut lagi?" soalnya pula.
"Tengah bersiap sekarang ni. Maafkan aku sebab jadi punca perang saudara ni," jawab Aisyah Maisarah, kesal.
Dia terbatuk selepas bercakap. Barangkali cuaca yang tidak menentu.
"Tak perlu nak minta maaf. Benda lepas biarlah lepas. Sekarang ni, kak Aisyah cuma tumpu dekat kerajaan bawah laut tu. Itu lagi penting," kata Aminah Safawiyah, lembut.
"Tuanku, semuanya dah siap," ujar Rachel Berlitz muncul di sisi Aisyah Maisarah.
Aisyah Maisarah memandang gadis dingin itu. "Sekejap ya. Uhuk! Uhuk! Nanti, beta datang."
Rachel Berlitz menunduk hormat sebelum beredar. Aisyah Maisarah kembali memandang mereka yang lain.
"Jadi, selamat tinggal?" kata Aisyah Maisarah tersenyum kecil.
"Rasanya lagi elok cakap, 'Kita jumpa lagi'," balas Aminah Safawiyah dengan senyuman manisnya.
Mendengar kata-kata itu, Aisyah Maisarah mengukirkan senyuman manisnya lagi. Tanpa sedar air mata bergelinang.
"Ya, kita jumpa lagi," ucapnya tersenyum dalam tangis.
Aminah Safawiyah sekadar tersenyum. Aisyah Maisarah berlalu pergi, meninggalkan mereka. Samantha Lee menghela nafas kecil.
"Hari yang panjang, kan?" kata Samantha Lee mengukirkan senyuman kecil.
"Memang hari yang panjang. Jomlah tengok diorang," balas Aminah Safawiyah.
Mereka berdua berjalan ke kelas usang, meninggalkan makam para pejuang.
Setelah berkumpul, mereka mulakan sesi pemisahan.
"Jaga kerajaan kau tu elok-elok. Aku nak dengar juga khabar dari korang," pesan Samantha Lee.
Aisyah Maisarah tersengih segan. "Kalau ada masa lapang, aku kirimkan surat."
"Korang bertiga jagalah kak Aisyah... Maksud aku, tuan permaisuri. Kalau tak ada dia, siapa lagi nak jaga korang?" pesan Aminah Safawiyah kepada tiga adik beradik tiri itu.
"Kami akan jaga," balas Rachel Berlitz dengan semangat setia.
Hanazono Suzuki mendekati Aminah Safawiyah lalu berbisik. "Tuanku alami tuberculosis sejak tamat pertarungan. Dia kerap batuk saja."
YOU ARE READING
All-In
AdventureMy timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •Hipsteria 2 •Coming Back (CB): I'm Back •Penulis Malam (PM) •Tundukkan Tiga Tuxedo (3T) 2019 •Penulis Malam 2 (PM2) •Split Love (SL) •Hipster...