"Aku risau sekarang ni," kata Luthman Harith mula berpeluh.
"Risau pasal apa?" Aminah Safawiyah kehairanan.
Bulu kering Yuri dibelai lembut oleh gadis itu. Luthman Harith bangun dari bangku taman sambil mendukung anaknya, tidak hiraukan persoalan dari gadis itu. Aminah Safawiyah hanya melihat reaksi lelaki itu.
"Nak ke mana?" tanya teman wanita itu.
"Jomlah balik rumah," kata Luthman Harith berjalan ke tempat letak kereta.
Aminah Safawiyah bangun dari tempat duduk. "Eh, kita baru datang sini tak sampai setengah jam."
Luthman Harith berhenti melangkah lalu memandang kekasihnya. "Family aku lagi penting. Jangan halang aku."
"Erh... tapi... aku ni..."
"Dah! Jom balik! Atau nak aku tinggalkan kau dekat sini?" Luthman Harith mula bertegas.
Aminah Safawiyah terdiam. Dia hanya terpaksa menurut.
***
Peluru diisi satu per satu ke dalam sniper. Rokok dari kotak diletakkan ke mulut. Pemetik api dikeluarkan lalu menyalakan api. Hujung rokok dibakar.
Sedang asyik mengisi peluru, Ilyana Zhamuri melihat Samantha Lee mandi bersama Azizul Rahman di sungai. Abu rokok berterbangan sebaik rokok dihisap. Asap rokok dihembus.
"Macam mana la Sam boleh sukakan budak hingusan tu?" kata Ilyana Zhamuri, dingin.
Peluru sudah siap diisi. Masa untuk percubaan. Sniper dibidik ke arah tin yang diletakkan di atas batu. Jari sudah sedia untuk menarik picu.
Bang!
Satu tembakan tepat mengenai tin yang berjarak 100 meter. Deras bunyinya hingga burung-burung di dahan berterbangan.
"Hoi! Hoi! Takde tempat lain ke nak tembak?" marah Samantha Lee yang masih berendam di dalam air.
Ilyana Zhamuri menjeling ke arah kawannya dengan rupa dingin. "Takde."
Samantha Lee bergerak keluar dari air sungai. Azizul Rahman tenggelamkan sedikit kepala. Matanya tertumpu pada badan susuk Samantha Lee yang berbikini.
"Kau ni kan..." Samantha Lee semakin geram.
Sniper di tangan Ilyana Zhamuri dirampas lalu ditanggalkan kelopak peluru. Samantha Lee meletakkan senjata merbahaya itu ke tepi lalu menarik Ilyana Zhamuri ke sungai.
"Eh! Apa ni?" Ilyana Zhamuri terkejut dengan tindakan kasar Samantha Lee.
Jaket Ilyana Zhamuri sengaja ditanggalkan Samantha Lee, biarkan baju lengan dan seluar trek yang dipakai.
"Kau mandi la sekali!" kata Samantha Lee tersengih.
Samantha Lee menolak wanita Rusia itu masuk ke dalam air sungai. Azizul Rahman hanya memerhati karenah dua bekas gangster itu, macam budak-budak. Ilyana Zhamuri timbul di permukaan lalu terpeluk Azizul Rahman sebab kesejukan. Azizul Rahman merona kemerahan sebaik dipeluk dari belakang.
"Sejuk la oi!" marah Ilyana Zhamuri mula menggigil.
"Sejuk? Kau tinggal dekat Rusia, takkan la boleh sejuk?" Samantha Lee meneguk air minuman yang dibekal.
"Rusia lain, Malaysia lain! Iklim tak sama la!" marah Ilyana Zhamuri, masih peluk Azizul Rahman dari belakang.
Azizul Rahman rasa mahu mati sahaja apabila dipeluk sebegitu rupa. Bukan apa, belakang kepalanya betul-betul menyentuh buah dada besar wanita Rusia.
YOU ARE READING
All-In
AdventureMy timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •Hipsteria 2 •Coming Back (CB): I'm Back •Penulis Malam (PM) •Tundukkan Tiga Tuxedo (3T) 2019 •Penulis Malam 2 (PM2) •Split Love (SL) •Hipster...