"Ermm... dia... dah tak ada."
Erfan Shafiq terkejut mendengar kata-kata.
"Apa dia?" Suara Erfan Shafiq yang lantang, menarik perhatian mereka.
Aminah Safawiyah mengalirkan air matanya. "Betul! Takkan aku nak menipu pula."
Mereka berdiam seketika. Sniper yang diusap Aminah Safawiyah, diberikan kepada lelaki itu.
"Nah! Dia suruh aku bagi dekat kau," kata Aminah Safawiyah dengan wajah muram.
Sniper Barrett bertukar tangan. Aminah Safawiyah melangkah masuk ke dalam rumah. Luthman Harith yang enak menikmati makan malam, bingkas lalu mengejar kekasihnya. Erfan Shafiq terpinga-pinga seketika, cuba mencari ketahanan dalam badan. Dia memegang bangku berhampiran dengannya lalu melabuhkan punggung. Rambut diramas.
"Jadi, kita kehilangan seorang penembak jauh?" kata Immanuel yang memerhati kelakuan rakannya.
"Ya," kata Ilman Faiz.
"Kita semua yang pergi ni, tak semestinya sama bilangan bila pulang. Bilangan takkan lebih, malah jadi kurang. Macam ni la hidup waktu di medan perang," kata Iskandar.
"Jadi, kita nak buat apa sekarang?" kata Zulhilmi yang duduk bersama dengan Wahida.
"Kita kena gerak esok ASAP (as soon as possible)," kata Iskandar, ketua gerakan.
"Macam mana dengan geng Zul tu? Diorang buat kerja ke tak tu?" kata Adil terfikir dengan rakannya yang lain.
***
Don Mueang International Airport, Bangkok, ThailandMinyak kapal terbang diisi penuh untuk penerbangan esok hari.
"Okey, dah penuh," kata Raviendra.
"Okey," balas Zulfadlie.
Lelaki itu berjalan ke bahagian enjin kapal terbang. Khairil Ihsan dan Syamil sedang memeriksa enjin kapal itu.
"Hoi, macam mana enjin?" kata Zulfadlie, tegas.
"Dalam keadaan baik sekali," jawab Syamil tersenyum yakin.
Khairil Ihsan menutup bahagian enjin kapal terbang. Dia memandang ketuanya, barangkali bosnya.
"Enjin dah diubahsuai..." kata Khairil Ihsan sebelum terbatuk.
"Uhuk! Uhuk!"
"...jadi lebih laju."
Zulfadlie mengangguk faham.
"Bagus," ucap Zulfadlie puas hati.
Najwa Mufida dari tadi di dalam trak Pajero yang dipinjam. Dia melihat matahari makin terbenam.
"Cepat sikit. Matahari nak terbenam dah ni," kata Najwa Mufida memperingatkan mereka.
"Ya. Nak datanglah ni," kata Zulfadlie dengan nada geram.
Empat lelaki itu bergerak ke arah trak yang menantikan mereka lalu menaikinya. Najwa Mufida memandu trak itu pergi dari situ.
Tanpa disedari, seseorang yang dari semalam lagi, memerhatikan mereka. Dia mengekori mereka dengan motosikal tanah; motocross. Enjin yang kuat menarik perhatian Najwa Mufida. Dia memandang ke belakang menerusi cermin pandang sisi.
Tiada kenderaan pun di situ. Aneh.
Benda apa yang aku nampak tadi? Bisik hati Najwa Mufida.
Dari jauh, seorang gadis meneropong mereka sambil duduk di atas motosikal tanah. Nombor plat trak Pajero itu dapat dikesannya. Rokok dihisap lalu dicampak ke lantai. Asap dari mulut dikeluarkan.
YOU ARE READING
All-In
AdventureMy timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •Hipsteria 2 •Coming Back (CB): I'm Back •Penulis Malam (PM) •Tundukkan Tiga Tuxedo (3T) 2019 •Penulis Malam 2 (PM2) •Split Love (SL) •Hipster...