FANTASY EXPLORER: BAB 11

31 6 30
                                    

"Kau sepatutnya dah mati?" Jimmy Foxe semakin ragu-ragu.

"Apa? Kau mengarut apa ni?" Aya menafikan kenyataan dia sudah mati.

Jimmy Foxe menjadi keliru.

~Throwback Split Love Bab 29~

Isma Fatieha terjun dari tingkat lima bersama mayat Aya. Insyirah mendekati tingkap yang pecah itu lalu melihat mayat Aya terbaring di bumbung kereta Proton Saga lama. Isma Fatieha sudah hilang dari pandangan, meninggalkan mayat Aya terbiar dengan pedang Jepun terpacak pada perut. Darah mengalir keluar banyak dari tubuh wanita tidak bersalah itu. Insyirah berwajah pucat. Air matanya mengalir kerana gagal selamatkan orang tidak bersalah.

~End Throwback~

"Kau cikgu tadika, kan?" Jimmy Foxe berkata dengan yakin.

"Whoa. Aku tak faham apa kau cakap ni. Aku serius tak tahu apa kau cuba nak sampaikan." Aya sungguh tidak tahu apa-apa.

Jimmy Foxe terasa janggal. Kepalanya yang tidak gatal digaru.

"Dah la tu. Kita kena bersiap," kata Hoshiko Friday mencelah.

Mereka yang lain setuju.

"Okey, ikut aku," kata Aya berjalan ke rumahnya.

Kai yang didukung Violet Alexander, mengerang kesakitan dek anak panah di belakang badannya.

"Aargh! Sakit!" raung Kai.

Minatozaki dengan selambanya mencabut anak panah dari badan Kai. Lelaki itu cuba menahan perit. Darah memancut keluar dari badan.

"Bertahan. Nanti, kita rawat," pesan Minatozaki.

Tiba sahaja di rumah Aya, mereka memasuki ruang bawah tanah rumah kayu itu. Luas juga bilik bawah tanah itu. Mereka yang lain melihat kemunculan pendatang baru.

"Abang Musang!" seru Alane Admex berlari ke arah Jimmy Foxe.

Satu dakapan diberikan kepada abang angkatnya. Jimmy Foxe terkejut dengan dakapan tiba-tiba itu.

"Oh, Alane. Lama tak jumpa," kata Jimmy Foxe membalas dakapan.

Kenny Spoon memerhatikan mereka berdua dari sudut bilik. Entah apa yang dirasanya. Bahunya dicuit.

"Kenapa ni? Cemburu ke?" usik Cikgu Wan tersengih.

Kenny Spoon sekilas memandang lelaki itu. Pandangan ditundukkan. Bahunya dipegang.

"Bahagialah dengan dia bila saya tak ada nanti," pesan Cikgu Wan tersenyum.

Kenny Spoon memandang lelaki itu dengan mata terbuntang luas.

"Apa?" Dahinya berkerut.

Satu kucupan menghinggap dahi Kenny Spoon, membuatkan wanita itu terpaku. Jimmy Foxe yang masih mendakap adiknya, ternampak sketsa manis dua manusia itu. Jelas sekali hatinya makin tawar.

"Err... Mana Tasha?" soal Kivot tercari-cari.

"Dia dah tak ada," kata Achara menunduk sambil mendukung bayinya.

Kivot terkejut dengan berita itu. Tambahan lagi dengan bayi di dukungan kakaknya.

"Siapa budak tu?" tanya Kivot terkejut sakan.

Achara hilang kata. Horizon turut melihat anaknya di dukungan wanitanya.

"Jangan cakap tu..." Kata-kata Horizon tersekat.

"Ya, ni anak kita," kata Achara menunduk.

"Apa?" Semua orang terkejut beruk.

Ralph Kimmy memandang tajam ke arah Horizon lalu mendekatinya. Satu tamparan kuat menjatuhkan remaja itu. Horizon rebah tak terkata dengan penangan itu.

All-InWhere stories live. Discover now