Sudu perak jelas kelihatan dilibas ke muka. Namun, sebilah pisau tumpul berjaya menepis serangan itu. Cikgu Wan melihat Aliya Syakira muncul di depannya.
"A... Aliya?" Cikgu Wan tergamam.
Aliya OFF
Admex OFF
Alane ON
Aizad OFF
Syakira OFF"Kau jangan apa-apakan dia!" kata Aliya Syakira menjadi psikotik.
Isma Fatieha berundur selangkah. Senyuman sinis terukir di bibir.
"Dah agak kau akan datang," kata Isma Fatieha, sinis.
Pisau tumpul diacu ke arah Isma Fatieha.
"Jadi, kau nak buat apa?" Aliya Syakira masih melindungi.
Sudu perak diacu pula.
"Kau rasa?" soal Isma Fatieha.
Aliya Syakira dapat membaca fikiran Isma Fatieha. "Kau nak bunuh aku? Aku bunuh kau dulu!"
"Yeke? Marilah!"
Cikgu Wan melihat dua wanita itu bergaduh dengan dahsyat sekali. Pisau tumpul berlawan dengan sudu perak. Lelaki bertubuh harimau itu hanya menyaksikan pergaduhan dalam bilik kecil itu.
"Bawa bertenang. Nanti, korang bangunkan yang lain nanti," kata Cikgu Wan cuba tenangkan keadaan.
Mereka degil. Dua logam berlaga kuat.
Tuk! Tuk! Tuk!
Pintu dibuka dari luar. Alif Najmi memjengukkan kepalanya.
"Apa yang bising-bising tu?" tanya Alif Najmi dengan muka mamai.
Kelihatan Cikgu Wan dipeluk Isma Fatieha dan Aliya Syakira dengan manjanya. Muka Cikgu Wan sudah berubah jadi kucing lagi.
"Hmm... saya salah bilik rasanya." Alif Najmi kembali tutup pintu.
Pintu kembali ditutup. Bunyi logam berlaga kedengaran semula. Alif Najmi menggumam kecil lalu beredar pergi dari situ. Dia memasuki kelas semula. Kelihatan Iskandar terjaga dari tidur.
"Bunyi apa tadi?" tanya Iskandar.
"Cikgu Wan. Dia tak tau nak kek dengan pisau atau sudu," kata Alif Najmi, selamba.
Iskandar mengangguk perlahan. Pandangan dibuang ke tiga wanita yang sudah terlelap tidak jauh dari mereka.
"Lepas ni... bukan... dalam Perang Saudara ni, siapa yang pergi pula nanti?" kata Iskandar tertanya-tanya.
Alif Najmi berjalan ke tingkap. Dia menjenguk melihat langit malam.
"Sama ada aku atau kau," kata Alif Najmi merenung.
Iskandar memandang lelaki berekor musang itu. "Apa kau cakap?"
Alif Najmi memandang sahabatnya. "Kita mungkin akan berlawan sesama sendiri juga."
Jelingan maut diberikan.
"...dan aku tak bagi muka nanti," sambung Alif Najmi habiskan ayatnya.
Iskandar membalas jelingan tajam, seperti dia terima cabaran. Senyuman sinis tercalit di bibir Alif Najmi.
"Aku tak kisah apa nak jadi. Lepas Mimi pergi, aku dah tak peduli semua benda... termasuk dua perempuan psiko tu," kata Alif Najmi dengan wajah dingin.
Kedengaran logam berlaga masih berbunyi lagi dari bilik guru yang kecil. Cikgu Wan bukannya mahu menghalang dengan tangannya, tetapi masih dengan mulut.
"Sudah la tu. Jangan bergaduh," pinta Cikgu Wan.
Malah, popcorn sempat disuap ke mulut sambil menyaksikan pergaduhan. Cikgu Wan bukannya mahu menghalang langsung.
YOU ARE READING
All-In
AdventureMy timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •Hipsteria 2 •Coming Back (CB): I'm Back •Penulis Malam (PM) •Tundukkan Tiga Tuxedo (3T) 2019 •Penulis Malam 2 (PM2) •Split Love (SL) •Hipster...