Ilyana Zhamuri mula cemas dengan keadaan adiknya yang di hujung tanduk. Dia memandang zombi yang mahu menyerangnya pula. Dia sudah tiada pilihan.
PILIHAN A: Lawan dengan zombi
Seekor zombi berlari ke arah Ilyana Zhamuri. Wanita itu berlawan dengan zombi itu hanya dengan tangan kosong. Dengan pantas, Ilyana Zhamuri membuat serangan maut dengan menyepak badan zombi keluar dari helikopter.Akhirnya, zombi itu tercampak keluar dari helikopter.
Sayangnya, zombi itu berjaya mencapai belakang baju Jennie Zhamuri lalu menariknya. Keputusannya, kedua-duanya jatuh ke bawah. Jennie Zhamuri menjerit sekuat yang mampu.
PILIHAN B: Selamatkan Jennie Zhamuri
Ilyana Zhamuri bergegas mendekati adiknya yang di hujung tanduk. Tangan dihulur. Jennie Zhamuri segera mencapai tangan kakaknya."Quick!" arah Ilyana Zhamuri cuba bertahan.
Jennie Zhamuri memanjat masuk ke dalam helikopter demgan berpaut pada badan kakaknya. Dia memasuki helikopter lalu berdiri.
Tidak semana-mana, zombi tadi menolak Jennie Zhamuri keluar dari helikopter dengan kuat. Keputusannya, kedua-duanya jatuh ke bawah.
"JENNIE!" kata Ilyana Zhamuri dengan wajah berkerut.
Dari atas helikopter, dia melihat adiknya jatuh dengan lajunya. Jennie Zhamuri menghempas badan ke tengah jalan. Darah merecik akibat hentakan kuat. Di situ, mayatnya di hurungi zombi-zombi di situ bagai lalat menghinggap najis.
"NO!" Ilyana Zhamuri sudah kehilangan adik kandungnya.
Grr!!! Aumm!!
Farah Yasmine terjatuh ke atas lantai helikopter. Zombi yang tinggal seekor itu terus menerkam. Mujurlah kepalanya sempat dipegang tentera itu.
"Arghh!! Hodohnya kau!" Farah Yasmine masih dapat bertahan.
Zafina Shahirah memukul zombi itu dengan senjata api. Namun, tidak berkesan.
Dbush!! Satu sepakan kuat berjaya mengalihkan badan zombi itu.
Senjata yang dipegang Zafina Shahirah itu terus dirampas. Ilyana Zhamuri membuka kunci tembakan lalu mengaktifkan peluru automatik. Rifle AK-47 diacu ke muka zombi. 30 peluru dalam satu kelopak dilepaskan tanpa belas kasihan hingga berkecai kepala zombi itu.
Seusai sahaja satu kelopak, satu pukulan mengenai organ dalam mayat itu. Tidak puas dengan pukulan, Ilyana Zhamuri memijak-mijak mayat. Darah merecik ke but wanita itu. Wanita itu akhirnya menyepak mayat itu keluar dari helikopter.
Dia melutut kekesalan. Permata jernih mengalir perlahan ke pipi. Sayup-sayup bunyi teriakan didengar perlahan.
"Aliya dah nampak dua laki tu," kata Aliya Syakira sebaik melihat dua susuk lelaki yang dikenali.
Alif Najmi dan Danial Nabil berdiri di atas bumbung bas yang diserang zombi. Alif Najmi melambai tangan ke arah helikopter yang berterbangan itu. Aliya Syakira dan Isma Fatieha mengawal helikopter itu bersama. Helikopter dikawal ke arah bas tersebut.
"Alif, belakang kau!" kata Danial Nabil.
Mendengar amaran itu, Alif Najmi segera memusing ke belakang. Seekor zombi muncul lalu menyerangnya.
Alif off
Farid off
Musang off
Hoshiko on
Najmi offAlif Najmi berlawan dengan seni Muay Thai. Satu tendangan mengenai kepala zombi, macam main bola sepak. Kepala zombi itu tercabut lalu terpelanting masuk ke dalam tong sampah.
YOU ARE READING
All-In
AdventureMy timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •Hipsteria 2 •Coming Back (CB): I'm Back •Penulis Malam (PM) •Tundukkan Tiga Tuxedo (3T) 2019 •Penulis Malam 2 (PM2) •Split Love (SL) •Hipster...