Kuala Lumpur, Malaysia
Langkah diatur keluar dari kelas. Aminah Safawiyah berjalan bersama Sakinah dan Sabrina.
"Korang pergilah café dulu. Aku nak ke tandas ni," kata Sabrina meminta diri.
"Haih," keluh Sakinah menggulingkan matanya.
"Pergilah. Orang tak larang pun," usik Aminah Safawiyah.
Sabrina segera melangkah ke tandas berdekatan. Aminah Safawiyah dan Sakinah bergerak ke cafeteria sambil berbual. Mata Aminah Safawiyah tertumpu pada susuk tubuh seorang pelajar lelaki.
"Wei, Kinah! Kau tak nak try dia ke?" usik Aminah Safawiyah menolak bahu Sakinah.
Sakinah memandang kawannya dengan dahinya dikerut. "Siapa?"
Mulut Aminah Safawiyah dimuncung ke arah lelaki tadi. Sakinah menoleh muka ke arah lelaki tersebut. Matanya terpaku melihat ketampanan lelaki segak itu.
Segaknya, desis hati Sakinah.
Pandangan dibuang ke arah Aminah Safawiyah semula. "Dia tu kan budak hot kat sini. Mesti awek dia berlambak kat luar sana."
"Alaa... tahu mana? Kau pun perempuan hot kat sini juga?" balas Aminah Safawiyah selamba.
"Tak ada. Tak ada. Aku tak nak try sesiapapun. No and... never for anyone!"
Sebaik sahaja Sakinah memusing ke hadapan, badannya terlanggar susuk tubuh seseorang yang kurus. Punggungnya terhempap ke lantai. Dia mengaduh kesakitan. Buku-bukunya habis terjatuh ke lantai.
"Err... sorry," ucap lelaki itu.
"It's okay," balas Sakinah enggan mendongak.
Buku-buku dipungut dari lantai bersama. Sakinah kembali berdiri dengan buku di tangannya. Lelaki tadi memberi buku milik Sakinah yang terjatuh tadi. Sakinah memandang wajah lelaki itu. Matanya terpaku lagi melihat lelaki tadi kini berada betul-betul di depannya. Jantungnya bagaikan terhenti berdegup. Suaranya hilang entah ke mana.
"Awak okey, tak?" soal lelaki itu.
Sakinah menjadi tidak keruan. "Err... ermm... hmm..."
Lelaki itu bertambah hairan. "Saya... salah cakap ke?"
"Eh, tak! Err... ermm... sebenarnya... err..."
Aminah Safawiyah terus menolak Sakinah pergi dari situ sambil berkata kepada lelaki itu. "Dia okey. Jangan risau ya."
Sakinah hilang kata terus. Lelaki tadi meneruskan langkahnya pergi.
"Kau ni teruk juga cakap dengan laki," perli Aminah Safawiyah, dingin.
Dua kawan itu memasuki cafeteria. Sakinah yang terpinga-pinga dari tadi dipaksa untuk duduk.
"Kau tunggu sini," pesan Aminah Safawiyah lalu beredar pergi dari situ.
Sabrina tiba, bertembung dengan Aminah Safawiyah. "Nak ke mana pula?"
"Ada hal kejap."
Sabrina melihat Aminah Safawiyah berlalu pergi begitu sahaja. Aminah Safawiyah bergegas ke kawasan belakang universiti. Lelaki tadi menunggu ketibaannya.
"Macam mana tadi? Okey, tak?" kata Aminah Safawiyah bersahaja.
"Aku malulah. Tak tahu nak cakap apa," kata lelaki tadi, skandal rupanya.
"Alaa... cakaplah benda apapun. Kau tu laki. Tua tujuh tahun dari aku kot. Senior pula tu."
Ahmad Hamidi, lelaki itu berasa malu. "Masalahnya, aku tak ada idea."
YOU ARE READING
All-In
AdventureMy timeline story: 2007 •Kelas DSB 2017 •Ustazah Kpop (UK) 2018 •Coming Back (CB): I'll be Back •Hipsteria •Hipsteria 2 •Coming Back (CB): I'm Back •Penulis Malam (PM) •Tundukkan Tiga Tuxedo (3T) 2019 •Penulis Malam 2 (PM2) •Split Love (SL) •Hipster...