CIVIL WAR: BAB 4

39 9 10
                                    

Situasi menjadi pilu setelah pemergian Arif Hakimi dan Nurul Fadzelin dalam keadaan mengejamkan. Aminah Safawiyah hanya mampu berdiam melihat Luthman Harith yang berdiam sahaja dari tadi. Dua mayat masih di tempat sama, seperti tidak berganjak.

Kereta Nissan 370Z berhenti di depan rumah separuh hangus. Ilyana Zhamuri, Samantha Lee dan Azizul Rahman bergerak turun dari kereta. Mereka hairan. Struktur rumah mewah kelihatan terdedah dan hangus.

"Apa yang dah jadi ni?" Azizul Rahman terpinga-pinga.

Ilyana Zhamuri melihat trak Pajero di sebelahnya. "Diorang ada dekat sini?"

Segera, wanita Rusia itu merempuh masuk ke dalam rumah.

"Yana! Tunggu!" Samantha Lee mengejar Ilyana Zhamuri.

Azizul Rahman pula sekadar mengekori dua wanita itu. Mereka bertiga menemui pintu ke bilik bawah tanah. Cahaya lampu kelihatan.

"Kita tengok apa dekat bawah tu?" kata Samantha Lee bercadang.

Perlahan-lahan, Ilyana Zhamuri mendahului langkah. Pasangan di belakang hanya mengekorinya, memasuki ruang bawah tanah. Masing-masing membuang pandangan ke arah penghuni bilik rahsia itu. Kelihatan dua mayat bergelimpangan di lantai.

"Ki... Kimmy... Lin..." Sayup sahaja suara Samantha Lee.

Ilyana Zhamuri mendekati Luthman Harith. Kilar baju remaja itu dipegang wanita Rusia.

"Apa dah jadi dekat sini?" kata Ilyana Zhamuri, separuh tengking.

Senyap.

"Bagitau la!" marah Ilyana Zhamuri.

Tiada respons juga. Fikiran Luthman Harith sudah kosong.

"Kau dengar tak ni?" kata Ilyana Zhamuri lagi.

Ilyana Zhamuri menarik tumbukan.

"Budak ni..."

Satu tumbukan mengenai pipi Luthman Harith dengan penuh amarah. Luthman Harith seperti tiada reaksi, malah biarkan dirinya ditumbuk bertalu-talu.

"Sudah la tu!" arah Aminah Safawiyah separuh tengking.

Si anak kecil menangis dek tengkingan ibunya. Aminah Safawiyah memandang anaknya, cuba tenangkan anaknya.

"Jangan nangis. Ibu tak marah sayang," kata Aminah Safawiyah berlembut.

Hakikatnya, makin kuat pula si kecil itu menangis. Samantha Lee menarik Ilyana Zhamuri, cuba menghalang pergaduhan.

"Sudah la tu! Tak ada guna kau marah dia!" tengking Samantha Lee kepada Ilyana Zhamuri.

Ilyana Zhamuri berhenti mengganas. Dia menarik nafas dengan dalam lalu menghembus perlahan. Dia cuba tenangkan fikiran.

"Kalau Jimmy tau pasal ni, celaka la dunia," kata Ilyana Zhamuri, perlahan.

"Kita tanam diorang sebelum Jimmy datang," kata Samantha Lee mendesak.

Ilyana Zhamuri mengangkat badan Arif Hakimi. Samantha Lee pula mengangkat bahagian kaki Arif Hakimi.

"Zul, tolong la angkat sekali," kata Samantha Lee, geram.

"Eh!?" Azizul Rahman terasa jijik untuk mengangkat mayat Nurul Fadzelin yang terbelah pada badan.

Usus kecil jelas terjuntai keluar dari badan macam ulat. Rasa muak pun ada.

"Angkat je la!" marah Samantha Lee.

Azizul Rahman terpaksa mengikut arahan. Dia mendukung mayat wanita berhijab hijau itu. Mereka bergerak keluar dari bilik bawah tanah.

All-InWhere stories live. Discover now