BAB 4

73 11 24
                                    

Tokyo, Jepun

Alif Najmi dan Aisyah Maisarah duduk di meja yang berlainan sambil memerhatikan Faiz Azzudin dan Isma Fatieha yang sedang hangat berborak. Erisya Qarma bermain di tempat permainan kanak-kanak.

"Jadi,... kau dah ada anak. Baguslah," kata Isma Fatieha tersengih.

Situasi terasa janggal di situ dengan renungan maut dari pasangan masing-masing.

~Throwback~

Alif Najmi dan Aisyah Maisarah meletakkan hidangan di depan pasangan mereka.

"Awak berbual la dengan anak buah awak. Bukan selalu nak berjumpa," kata Alif Najmi tersenyum manis.

"Betul tu. Korang kan lama tak jumpa? Ambillah masa ni untuk bersama ya," kata Aisyah Maisarah tersengih.

"Err... Okey," balas Isma Fatieha ragu-ragu.

"Jangan risau. Kami duduk dekat meja lain okey," kata Alif Najmi lalu beredar.

Isma Fatieha melihat cintanya duduk di meja yang agak jauh darinya. Begitu juga dengan Aisyah Maisarah. Erisya Qarma dibiarkan bermain di tempat permainan.

~End Throwback~

"Kau... tak kerja dah ke?" soal Faiz Azzudin menghilangkan kejanggalan.

"Saya berhenti jadi ketua syarikat tu," jawab Isma Fatieha mendayu.

"Kenapa?"

"Sebab... saya buat silap besar dalam hidup saya. Saya kena tanggung malu semua ni. Jadi, saya lari ke Seoul dan menetap di sana sejak tujuh lalu. Sekarang ni pun saya jadi penulis skrip drama atau filem Korea."

"Wah, aku kagum!" ucap Faiz Azzudin terpegun.

Isma Fatieha mengukirkan senyuman kecil. "Terima kasih."

Dari jauh, dendam kesumat mula tersemat di dalam hati.

Kau senyum kat laki tu? Desis hati Alif Najmi.

Kau kagum kat perempuan tu? Desis Aisyah Maisarah pula.

Lalu mereka berdua yang memerhati itu terus berjalan keluar dari kafe itu tanpa disedari mereka yang seronok berbual.

"Haih..." keluh Alif Najmi sambil mencekak pinggang.

Aisyah Maisarah berdiri di sisi lelaki kurus itu. "Seronok tengok diorang berbual tadi?"

Alif Najmi bertindak dingin, berdiam sahaja. Sekotak rokok dikeluarkan dari poket seluar. Sebatang ditarik keluar dengan gigi kancing. Pemetik api dikeluarkan lalu dinyalakan. Hujung rokok dibakar. Alif Najmi menghisap nikotin lalu menghembus asap keluar. Aisyah Maisarah hanya mampu berdiam dengan soalannya yang terbiar tanpa jawapan. Topi yang dipakainya dipusing ke belakang bagi menampakkan wajahnya.

"Aku cakap dengan kau ni," kata Aisyah Maisarah menyilangkan tangannya paras dada.

Alif Najmi menjeling ke arah wanita dengan rupa dingin. "So?"

"Dia tu isteri kau ke?" soal wanita berusia 34 tahun itu.

"Tak. Lagipun, aku tak kahwin lagi," jawab Alif Najmi yang dua tahun lebih tua daripada Aisyah Maisarah.

"Oh. Habis tu, macam mana korang boleh berjumpa?"

"Sebab aku cari dia... selama ni. Tujuh tahun lalu, aku buru dia sebab dia bunuh kawan aku. Dalam diam tu, aku rasa sayang kat dia walaupun dia pembunuh. Entah kenapa aku boleh cintakan dia. Sampai suatu masa tu, aku cuba bunuh dia. Tapi... aku biar dia terlepas dan aku pula tertangkap. Selama lima tahun, aku habiskan masa tu dalam penjara. Lepas keluar penjara, aku cari dia lagi. Aku pergi ke situ ke sini. Lastly, terbawa diri sampai ke Seoul untuk cari," luah Alif Najmi, muram.

All-InWhere stories live. Discover now