03

75 17 6
                                    

Aku menghirup jus epalku sebelum memulakan bicara.

"Jadi, betul ke kau driver tu?" soalku.

"Kenapa aku nak tipu kau?" Dia menolak tepi air suam yang dipesannya tadi. Tangannya dilipat ke atas meja.

Sekarang kami berada di kedai mamak berhampiran sebab aku haus jadi aku heret lelaki ini sekali. Nak buat ala-ala interview kerja tapi macam tak jadi je ni.

"Okay, so apa nama kau?"

"Berapa kau bayar aku?"

Aku mendengus.

"Boleh tak jangan gelojoh sangat? Kalau macam ni memang fail interview kerja kau nanti," kataku.

Melihat dia diam, aku mengeluh kecil sebelum aku menyambung kata-kataku.

"RM300 sebulan,"

Matanya bersinar mendengar kata-kataku.

"So nama kau apa?"

"Nama aku Irfan. Selamat berkenalan,"

Walaupun agak pelik sebab benda ni patut buat awal-awal tadi, tapi tak mengapa sekurang-kurangnya aku dah dapat driver.

Aku mengukir senyuman nipis.

"Aku Iman,"

Selepas kami bertukar nombor telefon, kami pulang ke kediaman masing-masing.

💎

"So, kau dah cari siapa nak hantar kau?"

Aku menjelingnya.

"Kau kisah ke kalau aku tak jumpa lagi?"

"Kalau susah sangat suruh boyfriend kau je yang hantar," katanya seraya menyuap keropok ke dalam mulut. Matanya fokus memandang televisyen yang terpasang di hadapannya. Langsung tak toleh walau sekilas pada adiknya yang baru pulang.

Rasa sakit hati timbul melihat dia bersantai kat sini.

"Boyfriend? Lambat lagi," gumamku.

Aku mendaki tangga menuju ke bilikku yang berada di tingkat atas.

Aku merebahkan badan ke atas katil menghilangkan penat lelah hari ini. Tanganku mencapai telefon. Aplikasi whatsapp dibuka. Selesai aku menghantar lokasi rumah kepada Irfan, aku cepat-cepat bangun untuk membersihkan diri.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now