25

49 14 10
                                    

Aku menongkat dagu bosan. Aku tak boleh fokus. Apa yang lecturer bebel kat depan aku tak dengar pun.

Fikiranku melayang memikirkan driver aku. Agaknya dah kebah ke demam dia? Kalau belum sihat lagi macam mana aku nak pergi kelas esok?

Macam mana kalau dia sejenis manusia yang susah sakit tapi kalau sekali sakit lama gila nak sihat? Atau dia sejenis manusia yang anti hujan sekali kena terus demam panas seminggu? Mungkin sekarang dia ada dekat hospital sebab demam panas?

"Iman!"

Aku tersentak. Aku menoleh ke arah Tina yang sedang menggoncang badan aku.

"Apa?" soalku malas.

"Kau berangan apa ni? Tak dengar ke tadi?"

Aku menarik sengih. Tina mengeluh perlahan.

"Ni kita kena buat group. Tiga orang satu group," terang Tina.

Mulutku membentuk huruf'o'.

"Kita satu group?"

Soalanku dibalas dengan anggukan Tina.

"Tapi siapa lagi seorang?" tanyaku.

Serentak itu, seseorang mengetuk meja kami. Aku dan Tina mendongak memandang dia.

"Boleh aku join korang? Group lain semua dah penuh," Lelaki itu menggosok belakang tengkuk.

"Boleh, boleh!" ujar Tina laju. Aku cuma mengangguk walaupun aku sebenarnya tak berapa setuju.

Taklah, dia kata group lain semua penuh tapi aku ternampak dia tolak ajakan orang lain tadi. Kenapa eh?

Lelaki itu melabuhkan duduk di sebelah Tina. Dia menarik senyum memandang aku.

"Kau Iman, kan?" soalnya.

Aku mengangguk. Malas nak buka mulut.

"Siapa dia ni?" bisikku kepada Tina. Yalah, tiba-tiba saja dia tahu nama aku. Mana tahu aku kenal dia tapi aku saja yang tak ingat. Aku ni cepat lupa manusia-manusia yang pernah tegur aku sebab tu kawan aku ada sikit saja.

Tina membulatkan matanya terkejut.

"Kenapa? Aku salah tanya ke?" Aku mengerutkan dahi.

"Kau tak kenal ke?" soal Tina. Aku menggeleng.

"Apa je la benda yang kau tahu weh?"

Aku tersengih.

"Korang cakap pasal apa ni?" tanya lelaki itu. Sedari tadi dia cuma memerhati saja.

"Tak ada apa," ujarku.

Tina cuma diam. Selepas itu, kami mula berbincang tentang tugasan yang perlu kami lakukan.

Tak ada tanda-tanda Tina nak bagitahu aku siapa lelaki tu. Aku pun dah malas nak tahu jawapan dia. Dah kalau dia tak nak jawab buat apa aku ambil kisah? Aku tanya sekadar tanya bukan nak sangat tahu pasal dia.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now