31

42 10 3
                                    

"Cepatlah," ujar Irfan yang sudah berada di dalam kereta.

"Ya, ya. Sabarlah," Aku cepat-cepat mengunci pagar rumah sebelum meloloskan tubuh ke dalam perut kereta. Tidak menunggu lama, Irfan terus memandu pergi dari situ. 

Hari ini merupakan hari yang tidak ditunggu-tunggu. Ya, hari nilah yang ada kenduri tu. Aku mengeluh perlahan. 

Pandangan ditala ke luar tingkap. Otakku mula memerah idea bagaimana mahu menghadap nenek nanti. Pasti nenek hairan dengan kehadiran lelaki asing yang tiba-tiba menemani cucunya. Haraplah dia tak salah faham nanti.

"Iman?" 

"Hm," balasku pendek.

"Kau fikir apa sampai berkerut-kerut dahi tu?" soal Irfan.

"Tak ada apalah," tipuku.

"Kau tak reti menipulah," ujar Irfan sambil menjulingkan mata ke atas.

Diam.

 Aku tidak tahu mahu membalas apa. 

"Kenapa? Kau tak nak pergi ke? Kalau kau tak nak, aku okay je,"

Kata-kata Irfan dibalas dengan jelingan tajam aku. 

Irfan cuma tersengih saja.

"Kau nak stay ke dekat kenduri nanti?" soalku.

Dia menggeleng. "Aku tak dijemput pun. Aku rasa tak eloklah kalau tiba-tiba aku ikut kau sekali,"

"Dah tu, kau nak buat apa?"

"Pandai-pandai akulah merayau tempat lain. Takkan nak balik semula pulak. Penat aku nak ulang alik. Lepas dah habis semua, call aku. Nanti aku datang ambil,"

Aku mengangguk sebagai balasan. 

Dah sampai dekat sana nanti, aku akan suruh dia pergi cepat-cepat sebelum sempat nenek perasan. Biar nampak macam aku naik grab. Aku tersenyum sendiri memikirkan rancangan aku. Harap semuanya akan berjalan lancar. 

drive me to the moonWhere stories live. Discover now