49

36 10 8
                                    

Aku berguling-guling di atas katil. Bosan. Walhal baru pukul 8 pagi tapi aku sudah bosan tahap gaban.

Abang aku dekat dalam bilik sedang main game. Pagi-pagi lagi dah main game.

Tanganku mencapai telefon. Chat aku dan Irfan dibuka.

Aku mengemam bibir. Patut ke aku mesej dia?

Eish, tak boleh. Dia mesti penat. Semalam dia dah kerja sedangkan sebelum ni waktu hari minggu dia cuti.

Aku menutup semula telefon. Mukaku disembam ke bantal.

"Arghh! Bosannya!" jeritku.

💎

Irfan mengelap rambutnya yang basah. Dia melabuhkan duduk ke atas tilam. Telefonnya dicapai.

Chat Iman dan dia dibuka. Nampak jelas Iman sedang online. Seketika kemudian, gadis itu offline.

Irfan mengangkat bahu lalu menutup telefonnya semula.

Dia menyambung semula aktiviti mengeringkan rambut.

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak. Terjengul muka Mimi di pintu.

"Lapar," adu Mimi.

"Sekejap, sekejap. Nanti papa sediakan sarapan. Sayang pergi mandi dulu," balas Irfan.

Mimi mengangguk. Kanak-kanak itu berlalu pergi dari situ.

Irfan pula cepat-cepat mengeringkan rambutnya. Dia perlu menyiapkan sarapan untuk Mimi.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now