76

23 3 0
                                    

Aku meramas tanganku perlahan. Kakiku pula menguis perlahan lantai simen. 

Tak selesa. Itu sahaja yang aku rasa sekarang. Sudahlah kami berdua tidak membuka suara dari tadi. 

Tina awal-awal sudah pulang. Alasannya mahu memberi kami berdua ruang untuk date. Date kepala lutut dialah. Senyap macam ni baik aku balik rumah. Mesti Irfan dah lama tunggu. Sempat aku mengerling sekilas jam di tangan. Sudah 3 minit berlalu.

"Are you gonna keep quiet like this?" Akhirnya keluar juga soalan dari Idlan. 

Aku mengangkat kepala yang sedari tadi menunduk memandang lantai.

"Seriously, where did you go yesterday?"

Diam. 

Bukan tak nak jawab soalan dia tapi aku sedang menahan diri dari terbersin. 

Idlan merengus perlahan. Dia meraup mukanya. 

"Kau ponteng ke?"

Tuduhan Idlan membuatkan aku tak jadi nak jawab soalan pertama dia. Rasa marah mula menguasai diri. 

"A-"

Belum sempat aku membuka mulut, Idlan sudah menyembur. 

"Kau tahu kan kita dah besar. Bukan lagi budak sekolah nak main-main dengan pelajaran. Ini masa depan kita,"

"Tak. Bukan-"

Sekali lagi aku dipotong.

"Bayar mahal-mahal nak sambung belajar tapi kau buat main je. Kau ingat kalau dengan ponteng boleh lepas ke credit?"

"Sakit,"

Diam. 

Aku dan Idlan mengerutkan dahi apabila ada suara asing yang menyampuk.

"Dia demam semalam," 

Tiba-tiba ada bau kayu cedar dan citrus menyapa hidungku. Ini bau Irfan. Bau itu sangat dekat dan aku tak berani nak menoleh ke belakang kerana aku tahu dia berada betul-betul di belakangku. Bunyi derap kaki yang melangkah mendekatiku cukup membuktikannya.

Idlan pula terkedu. Macam-macam persoalan berlegar dalam mindanya. 'Kenapa aku tak tahu Iman sakit?' fikirnya di dalam hati.

"Lama aku tunggu tadi. Rupanya ada dekat sini. Kau tu bukan sihat sangat pun,"

Aku cuma diam. Tak tahu nak balas apa. 

"Jom. Kita balik,"

Beg silang yang aku bawa terasa ditarik perlahan oleh lelaki itu membuatkan aku terikut langkah dia.

Sempat Irfan berpaling ke belakang lalu berkata, "Cau lu, bro!"

Lelaki itu melambai ceria kepada Idlan yang berdiri kaku di situ.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now