81

21 3 3
                                    

Terasa ada air yang terkena tudungku. Semakin lama semakin banyak. Lantas aku angkat wajah untuk melihat lantai simen taman. Titisan air yang jatuh membuatkan lantai itu kelihatan seperti polka dot.

Okay, sah. Sah sekarang ni hujan. Bibir aku kemam perlahan. Terasa nak menangis lagi. Langit seperti tahu-tahu saja aku sedang bersedih.

Aku mengeluarkan telefon. Nombor Irfan didail. Aku mengharapkan suara garau yang menyapa gegendang telinga namun, suara gadis operator yang menjawab panggilan.

Aku cuba mendail lagi.

"Angkatlah Irfan. Please angkat," gumamku perlahan.

Tapi hasilnya tetap sama. Gadis operator yang menjawab panggilan itu. Tak berputus asa, aku mendail lagi nombor Irfan. Tapi hampa, skrin telefonku tiba-tiba bertukar gelap menandakan bateri telefonku sudah habis.

Bunyi guruh yang kuat membuatkan bahu aku ternaik akibat terkejut. Angin kencang yang bertiup membuatkan badanku menggigil kesejukan.

Aku mahu bangun dan pergi berteduh tapi badanku terasa penat dan tak larat. Wajah aku sembam kembali pada lutut. Sekali lagi aku menghamburkan tangisan ke situ. Bahuku terhinjut-hinjut akibat menangis.

Lama. Lama aku berkeadaan sebegitu sebelum terasa bahuku ditepuk perlahan.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now