15

54 13 6
                                    

Ya, aku tahu hari ni hari Jumaat. Dan Irfan kena pergi solat Jumaat jadi memang patutlah dia lambat.

Tapi, masalahnya dah habis solat Jumaat kan kenapa Irfan masih tak muncul-muncul?

Aku mengetap gigi geram. Aku mengerling jam di tangan. Sekarang dah genap dua jam dia tinggalkan aku seorang diri dekat sini.

Kelas aku habis pukul satu tadi. Kata Irfan lepas solat baru dia ambil aku. Tapi batang hidung dia pun tak nampak sekarang ni.

Aku mencebik apabila sebuah kereta berwarna merah berhenti tepat di hadapan aku. Irfan menurunkan tingkap kereta.

"Haa, buat apa lagi tercegat dekat situ? Tak nak balik?" ucap Irfan selamba.

Aku menggulingkan biji mata ke atas. Aku masuk ke dalam kereta dengan hati menahan rasa marah. Muka tak bersalah dia tu buat aku rasa nak lempang dia.

Aku baru nak buka mulut sembur dia, Irfan dah potong.

"Aku tahu kau marah. Tapi at least aku datang, kan?"

Tangan aku naik mengetuk kepalanya. Dia mengaduh kecil.

"Banyaklah kau. Dahlah dua jam lambat. Macam tunggul je aku tunggu kat situ,"

"Kalau ya pun kau marah tak payahlah nak pukul," Irfan memuncungkan mulutnya kecil. Dia mengusap perlahan tempat yang aku pukul.

Kejap, apa?

Aku memandang Irfan yang sedang... memuncung mulut?

Aku menggosok mata berkali-kali. Tidak percaya dengan apa yang aku lihat.

"Ew, geli aku tengok," ucapku perlahan.

"Huh? Kau cakap apa?" Irfan mengangkat muka memandang aku. Kali ni riaknya normal pula. Tadi muncung bagai macam budak kecil.

"Tak ada apalah. Aku tanya bila nak gerak. Aku nak balik rumah cepat ni,"

Irfan mengerutkan dahi. "Aik, kenapa macam panjang sangat? Aku rasa tadi pendek je,"

"Telinga kau bermasalah la kot," ujarku selamba.

Irfan menjeling aku.

"Apa? Betullah,"

Kali ni dia menggulingkan biji mata ke atas.

"Menyesal pulak aku ambil kau. Patutnya aku biar je tadi," ujar Irfan perlahan.

Mataku kecilkan memandang dia. "Aku boleh dengarlah,"

Irfan tidak mengendahkan kata-kata aku. Dia kemudiannya memandu keluar dari pekarangan universiti.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now