05

61 15 4
                                    

Sampai saja di pekarangan universiti, Irfan menghentikan kereta di kawasan utama yang wujudnya kolam air pancut di tengahnya.

"Weh, kau pahal berhenti kat sini?" Aku menutup mukaku dengan tangan. Tak sanggup tengok orang lain semua dah pandang-pandang kereta ni macam nak telan.

Dah kenapa lelaki ni berhenti kat tengah-tengah alam? Dia tak tahu ke tempat ni ramai orang lalu lalang buat malu je nanti orang tengok aku naik kereta dengan dia.

"Apa? Dekat kan dengan fakulti kau ke kau nak aku berhenti jauh-jauh?" tanya dia selamba.

"Eh, tak tak," Aku pantas menggelengkan kepala laju.

"Haa, turunlah. Kau buat apa lama-lama kat sini?"

"Kau halau aku ke?" Mata aku kecilkan memandang Irfan.

Irfan memandang aku sambil mengangkat sebelah kening. "Kau rasa?"

Aku menggulingkan biji mata ke atas tanda menyampah.

Lantas aku terus membuka pintu kereta untuk keluar. Dah tak kisah dah dengan pandangan orang ramai ke arahku. Apa kereta ni buruk sangat ke? Lain kali aku suruh Irfan ni bawa kereta lain. Buat malu je orang pandang aku.

Sebelum aku menutup pintu, aku membongkokkan badan untuk memandang Irfan yang berada di tempat duduk pemandu.

"Petang ni aku nak pergi shopping. Pukul 2.30 sharp kau kena ada depan rumah aku. Kalau lambat, siaplah kau," ujarku sambil tersenyum sinis. Perangai dia tu menjengkelkan sangat jadi aku nak buli dia puas-puas petang ni.

"Ish, malas aku. Petang ni aku nak tidurlah," rungut dia.

Aku menggulingkan biji mata ke atas. "Ada aku kisah? Kau tak ada kat depan rumah aku, aku potong gaji kau,"

"Eh, janganlah macam tu. Okay, okay aku datang ambil kau petang ni," Riak muka Irfan berubah sebaik saja aku menyebut tentang gaji.

Aku tertawa kecil melihat dia gelabah. "Dahlah aku pergi dulu. Tata,"

drive me to the moonWhere stories live. Discover now