04

72 14 8
                                    

Aku mengerling jam di tangan untuk kesekian kalinya.

"Mana dia ni?" gumamku.

"Weh! Aku keluar kejap tau," laung abangku. Aku menjeling dia. Bukan nak tolong hantarkan pun dia ni. Elok je tu naik kereta nak pergi jumpa kawan. Kenapa tak nak hantarkan adik dia yang comel ni?

Selepas kereta abangku mula meninggalkan pekarangan rumah, muncul sebuah kereta berwarna merah garang.

"Hurm, dia ke ni?" tanya aku pada diri sendiri. Otak cuba mengingat kembali ciri-ciri kereta yang Irfan bagitahu semalam. Tapi, tak ada pula lelaki itu cakap kereta tu warna merah.

"Oi! Kau berangan apa tu?" satu suara menegur membuatkan aku tersentak.

Bila aku pandang depan, ada Irfan yang sedang bersandar pada kereta tersebut.

"Kau tak nak naik ke?" tanya dia sambil mengangkat sebelah kening.

Aku memandang dia geram. Tinggal lagi lima minit kelas bermula baru nak muncul. Memang dia ni suka buat orang lambat ke?

"Woo woo kenapa kau ni? Pandang macam nak makan orang," Irfan mendekati aku.

Sebaik saja Irfan berada di hadapan aku, aku terus mengetuk belakang kepalanya.

"Kau ni kan tau tak sekarang pukul berapa? Aku dah cakap kan ambil aku pukul 8. Ni pukul 8.10 baru muncul. Kau ni serius ke tak nak jadi driver aku?"

Irfan mengaduh sakit. Dia mengusap belakang kepalanya perlahan sebelum memandang aku dengan riak tidak puas hati.

"Apa kau ni? Suka hati je pukul aku. Jadual kelas yang kau bagi kat aku tulis pukul 9 la. Kau tengok jadual hari apa?"

"Oh ya ek?" Aku membuka telefonku untuk melihat semula jadual waktu.

"Hehe... sorry. Aku salah tengok jadual hari Khamis," ujarku sambil menggaru kepala yang tiba-tiba saja gatal.

Irfan menjeling aku sebelum dia melangkah ke arah kereta. Bila Irfan tak pandang aku, tangan aku naik mengetuk kepala sendiri sebab tersalah tengok jadual. Lepas tu, termarah Irfan padahal bukan dia yang salah.

"Dah masuk kereta cepat," ujarnya mendatar lalu terus masuk ke tempat duduk pemandu.

Aku cepat-cepat memboloskan diri ke dalam perut kereta. Tak lama kemudian, kereta ini mula meluncur laju di atas jalan raya menuju ke universiti aku.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now