07

57 16 7
                                    

"Assalamualaikum, Iman dah balik," ujarku semasa melangkah masuk ke dalam rumah.

Suasana yang gelap di dalam rumah buatkan dahiku berkerut kehairanan. Abang tak balik rumah lagi ke?

Aku membuka suis lampu untuk mencerahkan masa depan rumah aku. Kalau tak sampai bila-bila pun masa depan aku jadi gelap sebab tinggal dalam rumah macam ni. Okay done mengarut.

Bila suasana dah mula terang, aku nampak abang aku elok saja jadi mayat hidup di atas karpet ruang tamu. Aku menggelengkan kepala melihat dia yang berdengkur kuat. Patutlah rumah gelap macam gua, dia tidur rupanya.

Aku memberi isyarat supaya Irfan masuk ke dalam rumah. Irfan dengan muka redhanya menurut saja. Tangan dia dah lenguh dah bawa buku-buku aku yang berlambak tu.

"Ni nak letak mana?" soal Irfan.

"Tu kau letak kat tepi sofa,"

Irfan tanpa berlengah terus menghempaskan buku aku ke atas lantai tepi sofa.

Mata aku terus membulat melihat tindakannya.

"Woi! Baru beli tu. Suka hati je nak hempas buku orang,"

Irfan buat tak dengar. Dia terus mengatur langkah ke luar rumah.

Aku menjulingkan mata ke atas. Malas nak marah. Dah keluar rumah tu kira dia nak balik la kan? Buang masa aku saja nak kejar dia semata-mata untuk marah.

Aku terus menuju ke timbunan buku yang diletakkan di atas lantai. Ketika aku sedang seronok membelek buku, tiba-tiba abang aku menegur.

"Siapa tadi tu?"

"Driver aku," balasku tanpa memandang dia.

Abangku mengangguk-mengangguk mendengar jawapanku. Kemudian, dia sambung tidur.

Ceh, nampak sangat tak ikhlas tanya. Aku mencebik.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now