92

29 3 16
                                    

This is the most longest chapter. Enjoy your reading!


.

.

.


 Dua bulan telah berlalu,

"Haih, memang dia nak hilang selamanya ke?" Aku mengeluh. 

Pandangan ditunak ke langit malam. "Bulan, Irfan memang lelaki yang jahat kan? Sampai hati dia tinggalkan kita seorang diri dekat sini,"

Aku mengayun buaian ke depan dan belakang perlahan. Taman yang sunyi sepi membuatkan aku selesa. Selesa untuk menangis seorang diri lagi.

"Agaknya bila Irfan akan balik ya?" Mataku kelipkan beberapa kali apabila mutiara air mata mula mengaburkan pandanganku. 

Tak dapat nak menahan takungan air mata, akhirnya ia jatuh jua ke pipi. Aku berhenti mengayunkan buaian. Kepala ditunduk ke bawah. Wajahku ditekup menggunakan kedua tangan. 

Bukan tak mahu mengaku tapi walaupun siang hari dia nampak seperti sudah tidak peduli dengan pemergian Irfan, pada kala matahari sudah terbenam dia masih menangis di taman ini seorang diri.

"Hei, aku pergi sekejap je kut. Kau dah jadi macam ni?" Suara garau menyapa gegendang telingaku. 

Aku menarik senyum nipis dalam tangisan. Ah, rindunya suara dia. Suara itu seperti benar-benar mirip suara Irfan. Tapi, aku perlu berpijak pada bumi yang nyata. 

"Pergilah. Aku tahu kau sengaja nak menipu aku. Aku takkan tertipu lagi. Lebih baik kau pergi," jawabku diselangi tangisan.

Memang dah biasa aku jadi macam ni. Kadang-kadang aku rasa macam sedang bermimpi bercakap dengan Irfan. Dan, bila aku menurunkan tangan dari terus menekup muka, suara Irfan terus hilang. Malah, kelibat dia juga tiada. Nampak tak betapa fikiran aku juga suka mempermainkan aku.

Kedengaran bunyi rantai buaian di sebelahku bergesel menandakan ada seseorang melabuhkan duduk di situ. Ah, ini salah satu teknik ilusi itu. Bunyinya kedengaran jelas dan terang sehingga aku hampir terbuai dengan tipu dayanya.

"Kalau aku tak nak macam mana?" balas suara itu. Aku dapat rasa pemilik suara itu seperti sedang tersenyum. 

"Pergilah. Aku takkan tertipu dengan kau," balasku dengan tegas. 

"Janganlah tutup muka. Tak nampak muka cantik dia," Suara itu hanya mengabaikan kata-kataku malah sempat pula dia mengusik. Kedengaran bunyi rantai buaian bergesel lagi. 

Aku menarik senyum kelat. Aku tahu. Aku tahu kalau aku angkat muka pandang dia, pasti tiada sesiapa. 

"Cuba buka mata. Pandang sini," Lembut suara itu memujuk. Kali ini suara itu kedengaran sangat hampir denganku seperti dia sedang berbisik di hadapanku.

Aku menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Baiklah, Iman. Untuk kali ini, mari kita berharap. Walaupun mungkin aku akan dikecewakan dengan ilusi sendiri tapi tak salah mencuba.

Dengan perlahan, aku menurunkan tangan yang menekup wajah. Terbuntang besar mataku saat sepasang mata bundar milik Irfan menyapa pandanganku. Lelaki itu sedang melutut di hadapanku sambil mengukir senyuman manis. 

"I'm back, dear," bisik Irfan. Redup matanya memandang tepat ke anak mataku.

Tubir mataku mulai panas semula. Aku kehilangan kata-kata. Kali ini suara itu bukan ilusi semata. Titisan mutiara gugur kembali tapi kali ini ia merupakan tangisan kegembiraan. Aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah memakbulkan doaku. 

drive me to the moonWhere stories live. Discover now