86

15 5 10
                                    

Bunyi deringan telefon Irfan membuatkan perbualan rancak kami terhenti. Aku memandang sekilas nama di skrin telefonnya. Mak Som. 

"Tunggu sekejap, ya? Aku nak jawab call ni. Kalau makanan sampai, kau nak makan dulu pun tak apa," Lembut Irfan meminta diri. 

Aku mengangguk sebagai balasan. 

Setelah kelibat Irfan hilang dari pandangan, aku mengetuk-ngetuk jari ke atas meja. Bosan. Sudahnya aku hanya duduk di situ sambil memerhatikan pengunjung kafe yang lain. Tak sampai seminit aku menjadi cctv bergerak, aku menyedari sesuatu yang pelik pada salah seorang pengunjung kafe itu. 

Aku mengecilkan mata ingin memastikan apa yang aku lihat itu benar. Setelah yakin, perlahan aku membuka langkah mendekati gerangan tersebut. 

"Baba?"

Pupil mata lelaki itu membesar saat dia memandang aku. Dia bertukar pandangan dengan wanita di hadapannya yang turut memaparkan riak terkejut. Aku menoleh ke arah wanita itu. 

Kerutan di dahi aku bertambah. "Mama?"

"Shh..." Kedua-dua mereka menarik aku supaya duduk. Aku yang sedang keliru tidak mampu berbuat apa-apa. 

"Kenapa mama dan baba pakai baju macam ni?" tanyaku penuh curiga. Mengenali mereka berdua, aku tahu mereka tidak suka pakaian gelap. Outfit mereka ini sangat aneh dan di luar kebiasaan mereka ketika mengunjungi kafe. 

"Hehe... saja nak cuba gaya baru," jawab baba sambil mengusap lehernya.

"Bukan ke sepatutnya mama dengan baba outstation sekarang? Kenapa ada dekat sini?" soalku lagi.

Mama bertukar pandangan dengan baba. 

"Dia patut tahu, bang," ucap mama.

Aku menyengetkan kepala memandang mama. Apa yang aku patut tahu ni?

"Tak boleh. Kita kan perisik. Mana boleh bagitahu orang," 

Aku menoleh pandang baba dengan mata yang sudah sebaris. Mama juga memaparkan riak yang sama.

"Abang..."

"Baba..."

Serentak aku dan mama meluahkan rasa hati.

"It's okay, ma. Memandangkan sekarang Iman dah tahu, apa kata bagitahu je?"

Mama mengeluh sebelum membuka bicara, "Sebenarnya mama dengan baba perisik dan diupah seseorang supaya mencari anaknya yang hilang. Hari ini dia akan berada di kafe ini sebab tu mama dengan baba ada di sini,"

"Jadi, ini ke pekerjaan sebenar mama dengan baba?"

Serentak mereka mengangguk. Mulutku melopong. Patutlah sejak dulu lagi mereka berdua selalu outstation. Pasti pekerjaan sebagai pensyarah dan auditor hanyalah penyamaran sahaja.

"Tapi jangan bagitahu abang kamu tau,"

Seorang pelayan datang dengan menatang dulang yang berisi dua gelas jus epal. Dulang itu diletakkan di atas meja. "Jangan bagitau apa, ma?"

Mama dan baba kehilangan kata-kata apabila abang muncul. 

"Sebenarnya, kafe ni tempat abang bekerja," Selamba aku menghirup jus epal yang diletakkan abang. Aku tahu itu pasti pesanan ibu bapaku memandangkan mereka berdua gemarkan jus epal.

Abang pula hanya mengangguk mengiakan. 

"Dan budak ni ada date dekat sini," ujar abang sengaja. Aku memandang abang tajam. Lelaki itu hanya menayang senyum sinis.

"Ya ke? Mana budaknya?" tanya mama teruja.

"Dia lagi rendah daripada baba, kan?" Kali ini baba pula menyoal.

Aku menepuk dahi. Keluhan dilepaskan. Masalah, masalah.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now