79

15 4 0
                                    

Suasana di dalam kereta Idlan senyap sunyi. Tiada siapa yang membuka bicara.

Ini kali pertama aku naik kereta dia. Sebelum ini aku selalu naik Lamborghini jadi agak kekok ya nak membuka pintu.

Aku tahu macam pelik aku ikut Idlan walaupun baru je nampak dia curang tadi. Tapi, aku ada alasan kukuh. Aku nak tahu sebab dan punca dia berbuat begitu.

Idlan berhentikan kereta di sebuah taman. Entah berapa banyak taman aku dah pergi. Agaknya dalam dunia ni memang tak ada tempat lain selain taman kot.

Cuba sekali sekala bagi aku pergi pantai ke bukit ke? Ini taman juga yang dipilih.

Dalam aku membebel pasal taman di dalam hati, Idlan sudahpun menapak keluar dari erut kereta.

Laju aku menanggalkan tali pinggang dan melangkah keluar dari perut kereta.

"Iman," seru Idlan.

Terjongket kening aku memandang dia.

"Apa yang kau nampak tadi sebenarnya bukan apa yang kau fikir,"

"Habis tu apa, Idlan? Setahu aku, kau tak ada adik-beradik perempuan,"

Benar. Idlan dan Afiq sahaja cahaya mata dalam keluarga mereka. Aku tahu pun bukan sebab Idlan bagitahu tapi sebab Afiq yang cakap. Walaupun dia tak banyak cakap, sekali dia buka mulut berguna jugalah info yang dia beri.

"Dia tu sepupu aku. Aku cuma teman dia je sebab tokma aku suruh," kata Idlan.

"Teman apa sampai peluk lengan kau?" Suara aku sudah bergetar.

"Sekurang-kurangnya tak adalah macam orang tu yang asyik naik kereta lelaki lain. Mentang-mentang dia kaya, kan?"

Aku dah mengerutkan dahi. Apa kaitan Irfan dalam hal ni?

"Sekejap, kita tengah bercakap pasal benda lain tau. Yang sekarang kau nak kaitkan Irfan dah kenapa?"

"Irfan memang ada kaitan dengan semua ni! Aku dah lama pendam. Satu, pasal kau naik kereta dia sedangkan aku ni boyfriend kau,"

Aku nak membantah part boyfriend tu memandangkan kami berdua masing-masing tak pernah berbincang tentang status hubungan. Tapi memandangkan Idlan seperti mahu menyambung ayat aku tak jadi nak bersuara.

"Dua, waktu kau sakit hari tu. Tercalar tahu maruah aku sebab tak tahu kau sakit? Siapa yang tahu? Lelaki tu jugak,"

Jeda.

Idlan menarik nafas sekejap sebelum menyambung, "Aku cuba nak warning kau tentang dia tapi setiap kali itu mesti ada Irfan. Dia bukan seperti yang kau sangka,"

Aku terpempan mendengar kata-kata Idlan. Apa... maksud dia?

drive me to the moonWhere stories live. Discover now