38

41 9 6
                                    

"Iman, kawan kamu tu single ke?" tanya nenek semasa Irfan sedang mengambil cendol.

Aku membuat muka. Nenek ni tak habis lagi ke pasal topik ni? Aku mengeluh sebelum membuat keputusan untuk berpura-pura tak memahami.

"Kenapa? Nenek nak curang dengan Atuk ke? Iman report kat Atuk kang,"

"Ish, bukanlah! Tak ada maknanya nenek nak dekat dia. Nenek tanya ni untuk kamulah," Nenek mencubit pipiku perlahan.

"Huh? Untuk Iman?" Aku menunjuk Irfan kemudian jari dibalikkan ke diri sendiri.

"Yalah, siapa lagi kalau bukan kamu?"

"Apa nenek mengarut ni?" Aku mengerling ke arah Irfan sekilas.

"Bila masa nenek mengarut?" Nenek soal aku balik.

"Tadi," jawabku.

"Nenek tak mengarutlah. Kamu ni susah sangat nak bagi jawapan. Nenek tanya tuan badan jelah," ujarnya.

Irfan sudah kembali ke meja bersama dua mangkuk cendol. Satu mangkuk dihulur kepadaku.

"Ni untuk siapa?" tanyaku hairan. Seingat aku tak ada pun aku minta cendol tadi.

"Untuk kaulah. Kau nak, kan?" kata Irfan.

"Bila masa aku cakap aku nak?"

"Dah tadi asyik pandang aku je. Aku ambilkanlah sekali," ujarnya selamba.

Mendengarkan jawapan dia, buat pipiku memerah. Aku mengerling ke arah nenek yang sedang mengangkat sebelah keningnya memandang aku. Tak cukup dengan itu, bibirnya menarik senyum menyakat.

Ish, neneklah ni! Cakap pasal Irfan sampai aku tak sedar asyik pandang dia. Aku menarik mangkuk cendol ke arahku. Alang-alang orang dah ambilkan, kita makan jelah.

"Haa, Irfan. Nenek nak tanya ni," Nenek yang tiba-tiba bersuara buat aku tersedak cendol.

"Uhuk! Uhuk!" Aku mengurut dada sendiri. Irfan pula dah hulurkan secawan air kosong kepadaku. Aku menyambut hulurannya. Air itu diteguk sehingga ke titisan terakhir.

"Nenek, janganlah!" ujarku cemas.

"Apa yang jangan?" soal Irfan hairan.

Nenek tersengih melihat aku gelabah. Dia mengalih pandang ke arah Irfan.

Oh no! Nek, Iman minta sangat tolong jangan tanya soalan mengarut tu.

"Kamu single?"

Aku menepuk dahi kuat. Aduh, nenek siapalah ni? Tolong kutip.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now