51

34 9 0
                                    

Aku memberi salam dan mengetuk pintu rumah Irfan beberapa kali.

Bila pintu terkuak saja, aku disambut dengan jeritan nyaring Mimi.

"Waalaikumussalam. Eh, mama? Yeay, mama datang!" Mimi melompat kegembiraan.

Aku melepaskan tawa kecil melihat telatahnya.

"Mimi buat apa?" soalku setelah menutup pintu rumah.

"Warna!" Penuh teruja dia menjawab.

"Sini, sini. Tengok ni," Mimi berlari ke ruang tamu. Aku pula hanya mengikut dari belakang.

Setakat ni aku tak nampak lagi kelibat Mak Som. Mungkin dia dah balik semula ke rumahnya. Kata Irfan tadi dia sudah memaklumkan pada Mak Som yang aku mahu menemani Mimi. 

Aku melabuhkan duduk ke atas sofa. Mimi mengangkat buku mewarnanya tinggi sambil tersengih.

Aku merenung hasil kerja kanak-kanak itu dengan muka serius. Acah-acah nak jadi juri.

Mimi aku lihat seperti tak sabar nak tahu pendapat aku. Muka dia nampak sangat berharap. Comel.

Okay, tahan Iman. Jangan senyum.

Dan ia hanya bertahan selama dua saat saja. Aku rasa orang gila jelah yang boleh tahan dengan kecomelan budak ni. Dahlah pipi tembam. Lagi bertambahlah comel dia.

"Lawa-lawa. Pandai Mimi warna, ya?" Aku tersenyum manis. Tanganku naik mengusap kepala Mimi perlahan.

Anak kecil itu menarik senyum bangga. Dia meletakkan buku di lantai lalu melabuhkan duduk di sebelahku. Aku pula cuma memerhati tindak-tanduknya.

"Sayang mama!" Tanpa amaran, Mimi memeluk aku erat.

Aku pada mulanya kaku, tapi akhirnya aku mendakap kembali tubuh anak kecil itu.

"Iya, mama pun sayang Mimi," ucapku bersama senyuman di bibir.

"Iman," tegur satu suara.

Aku berpaling. Oh, Mak Som tak balik lagi rupanya.

"Iya, Mak Som," sahutku.

"Mak Som balik dulu, ya? Jaga Mimi elok-elok. Tengah hari nanti Mak Som datang semula," ujarnya.

Aku mengangguk sebagai balasan. Mimi yang berada dalam dakapanku, melambai kecil ke arah wanita itu.

Mak Som tersenyum lebar dan membalas kembali lambaian Mimi. Dia kemudiannya terus berlalu pulang ke rumahnya.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now