75

18 4 0
                                    

Puncak hidung aku gosok perlahan. Rasa tak selesa sebab selesema yang belum lagi pulih.

Tulah mengada lagi nak datang hari ni jugak kan? Ha, hadaplah kau, Iman.

"So, that's the end of our class. Don't forget to turn in your assignment before next week,"

Kata-kata terakhir Sir Edward membuatkan mata mengantuk aku tadi bertukar segar.

"Hei, elok tak kau ni? Kenapa kau datang kelas hari ni? Kau dah sihat ke?" soal Tina yang baru sampai ke tempat duduk aku. Dia sedang memegang buku dan fail di tangan.

Ya, kami tak duduk sekali sebab Tina tu lain sikit. Dia rajin. Suka duduk depan sekali. Lainlah macam aku yang suka duduk di bahagian paling belakang. Tapi tak apa sekurang-kurangnya aku maintain result bagus.

"Sihat. Selesema je ni," jawabku pendek. Kami berdua berjalan beriringan menuju ke pintu keluar.

Langkah kakiku terhenti tatkala mataku tertancap kelibat Idlan yang sedang menungguku di luar pintu. Tina pula menonong sahaja berjalan melepasi pintu.

"Iman?" Tina menoleh ke belakang apabila sedar aku tidak keluar lagi dari bilik kuliah.

Bagus, Tina. Sebab kau dah mention nama aku, Idlan tu tahulah aku datang hari ni. Urgh, baru ingat nak sorok muka.

"Iman?" Idlan yang tadi bersandar di dinding mengangkat muka dari phone.

Aku menggaru kening sambil tersengih. Haih, terpaksalah hadap.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now