66

30 6 0
                                    

Tina berhenti menaip apabila telefonnya tiba-tiba berbunyi nyaring. Berkerut dahinya melihat nama yang tertera pada skrinnya. 

Idlan.

Jarinya menggesek ikon hijau untuk menjawab panggilan, lalu dia melekapkan telefon ke telinga.

"Assalamualaikum," sapanya.

"Waalaikumussalam. Kenapa kau tiba-tiba call ni? Tak pernah-pernah kau call aku," Tina laju menyoal.

"Um... boleh aku tahu Iman dekat mana sekarang? Dia tak angkat call aku. Aku risau ada apa-apa jadi pada dia," 

Tina menahan tawa. Dia kenal benar dengan perangai sahabatnya yang satu itu. Setiap kali hujung minggu pasti dia akan keluar untuk rock climbing. Iman pula memang tidak membawa telefon. Katanya tak nak mengganggunya melakukan aktiviti kegemarannya itu.

"Manalah aku tahu. Dia girlfriend kau, takkan kau tak tahu dia kat mana?"

Idlan mengeluh kuat. "Tak apalah kalau macam tu. Aku letak dulu,"

Tina melepaskan tawa yang sedari tadi dia tahan. 

Idlan hairan. Apa yang kelakarnya?

"Hmm... apa aku dapat kalau aku bagitahu kau?"

"Huh?" Terpinga-pinga Idlan dibuatnya apabila disoal begitu. 

"Kau nak aku bagitahu ke tak ni?"

Dua saat kemudian, baru Idlan dapat menangkap. Laju dia menjawab, "Nak!"

"Rock climbing. One Utama."



drive me to the moonWhere stories live. Discover now